Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kamu sekalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Burung berbunyi awan melindung,
     Patah galah haluan perahu;
Kau sawa aku tedung,
     Alah menang belum tahu.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
tepelanteng[t«.p«.lAn.teN]kata kerjamemberi barang-barang atau wang kepada seseorang atas dasar belas kasihan.Takde le kau tepelanteng orang tue tu singget due.[tA/.d« l« kAw t«.p«.lAn.teN o.ÄAN tu.w« tu siN.get du.w«]Tidak bolehkah engkau beri orang tua itu wang seringgit atau dua ringgit.
mengandong burokkan tikau bantal[m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl] kiasan bagi perempuan mengandung yang melepek selama berbulan-bulan disebabkan oleh pening, mabuk, dan muntah-muntah.Aje lorat bini kau ni, ni le yang orang kate mengandong burokkan tikau bantal.[A.dZ« lo.ÄAt bi.ni kAw ni ni l« jAN o.ÄAN kA.t« m«.NAn.doN bu.Äo/.kAn ti.kAw bAn.tAl]Sungguh teruk keadaan isteri engkau ini, inilah yang dikatakan orang mengandung burukkan tikar bantal.
ayau[A.jAw]kata namakemahuan orang lain yang boleh membawa kesan negatif.Kau ikotkan le ayau die, nanti kau pon kene.[kAw i.kot.kAn l« A.jAw di.j« nAn.ti kAw pon k«.n«]Engkau ikutkanlah kemahuan dia, nanti engkau pun kena.
menyiak[m«.øi.jA/]kata namasuatu kepercayaan lama dalam aktiviti penanaman padi. Sewaktu padi hampir berbunga, beberapa orang perempuan tua berumur sekitar 50 dan 60 tahun akan berbogel dan berlari-lari anak di atas batas sawah sewaktu masuk waktu maghrib. Tujuannya bagi menjauhkan serangga dan musuh tanaman lain seperti tikus daripada merosakkan pokok-pokok padi.Musem ni, kau dah menyiak?[mu.sem ni kAw dAh m«.øi.jA/]Musim ini, engkau sudah menyiak?
galau[gA.lAw]kata adjektifberkenaan bentuk pinggang yang lurus tidak kira orang kurus atau gemuk.Pinggang kau ni galau, tak cantek pakai kebaye. Pakai aje le baju kurong.]Pinggang engkau ini lurus, tidak cantik pakai baju kebaya pakai sahajalah baju kurung.
tali senam[tA.li s«.nAm]kata namatali untuk membantu orang yang baru lepas bersalin bangun.Kau tu baru beranak, nak bangon baek-baek, pakai tali senam.[kAw tu bA.Äu b«.ÄA.nA/ nA/ bA.Non bAe/.bAe/ pA.kAj tA.li s«.nAm]Kau tu baru beranak, nak bangun baik-baik, pakai tali senam.
cebel[tS«.bel]kata adjektifberkenaan orang yang tidak tahu menyimpan rahsia.Kau jangan cakap lepas, die tu suke cebel sana, cebel sini![kAw dZA.NAn tSA.kAp l«.pAs di.j« tu su.k« tS«.bel sA.nA tS«.bel si.ni]Engkau bukan tidak tahu dia itu, tak tahu simpan rahsia dengan bercerita sana, bercerita sini!
keket[ke.ket]kata adjektifberkenaan pokok yang tidak subur atau orang dan haiwan yang kurus.Pokok-pokok kau ni tak penah buboh baje, mane tak keket.[po.ko/.po.ko/ kAw ni tA/ p«.nAh bu.boh bA.dZ« mA.n« tA/ ke.ket]Pokok-pokok engkau ini tidak pernah dibubuh baja, tentu tidak subur.
kene antu sembute[k«.n« An.tu s«m.bu.t«] berkenaan orang yang susah bangun daripada tidur pada sebelah petang hingga senja.Pegi kejot abang kau, kene antu sembute agaknye tak bangun-bangun.[p«.gi k«.dZot A.bAN kAw k«.n« An.tu s«m.bu.t« A.gA/.ø« tA/ bA.Non.bA.Non]Pergi kejutkan abang engkau, terkena hantu sembuta agaknya, tidak bangun-bangun.

Kembali ke atas