Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kamu sekalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Burung berbunyi awan melindung,
     Patah galah haluan perahu;
Kau sawa aku tedung,
     Alah menang belum tahu.


Lihat selanjutnya...(6)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
adakah terdapat perkataan menyempat-nyempat kalau-kalau ala-ala okey-okey sorang-sorang benda alah sah-sah diaorang kita orang kau orang korangSebahagian perkataan yang tuan berikan terakam dalam data kami, contohnya kalau-kalau yang bermaksud barangkali. Sebahagian yang lain tidak ada kerana hanya digunakan dalam wacana tidak rasmi seperti perbualan antara rakan. Untuk melihat perkataan yang lain sama ada atau sebaliknya, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan tuliskan perkataan berkenaan dan ruangan 'Cari", contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kalau-kalau.Tatabahasa26.05.2014
Salam sejahtera! Saya difahamkan bahawa perkataan aku jika digunakan sebelum kata kerja harus dicantumkan; contoh akubenci, akukesal, dll. Bagaimana pula dengan kau orang? haruskah ianya dicantumkan atau dipisahkan? Sekian, terima kasih!Untuk makluman, perkataan “aku” bukannya kata singkatan. Sehubungan dengan itu, perkataan tersebut tidak boleh ditulis serangkai dengan perkataan yang mengikutinya. Manakala perkataan “kau orang” merupakan bahasa pasar atau bahasa percakapan yang bersifat tidak formal dan tidak digunakan dalam penulisan rasmi. Walau bagaimanapun, jika hendak ditulis, perkataan tersebut hendaklah dieja dengan dua perkataan, iaitu “kau orang”.Tatabahasa01.01.2021
Adakah penggunaan kata 'diorang', 'korang' dan 'kitorang' dibenarkan dalam penulisan novel? Jika tidak dibenarkan, perkataan apa yang sesuai digunakan bagi mengelakkan sesuatu dialog kelihatan terlalu baku dan terikat? Sekian.Sebenarnya tidak sesiapapun dibenarkan melanggar hukum tatabahasa dalam semua bentuk penulisan, namun dalam bidang kreatif sedikit kelonggaran diberikan iaitu disebut ' lesen berpuisi '. Ini bagi memastikan penulisan kreatif berbeza sedikit daripada penulisan rasmi. Walau bagaimanpun, penggunaan "dia orang", "kau orang" dan "kita orang" adalah lebih baik.Lain-lain23.05.2014
minta jelaskan maksud bahasa taboo, bahasa pidgin, bahasa kolakial dan bahasa rojakBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. Makna19.06.2010
Terangkan maksud perkataan berikut dan penggunaannya: a) perkataan taboo (kata larangan) b) pidgin c) kreol d) kolokial e) bahasa rojak

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa rojak:  bahasa yg bercampur aduk kata-kata yg digunakan oleh penuturnya (mis seketika perkataan Melayu dan seketika perkataan Inggeris). Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Makna04.07.2010
takrif bahasa dan contoh : - taboo - kreol -kolokial - pigin,

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tabu dalam bahasa Melayu bermaksud 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan?.  Bahasa pijin:bahasa yg terdiri drpd campuran un­sur dua atau lebih bahasa lain yg digunakan apabila penutur yg berlainan bahasa berkomu­nikasi antara satu dgn yg lain. Bahasa kolokial: bersifat bahasa percakapan atau bahasa basahan (bukan bahasa baku): perkataan kau orang itu adalah frasa ~. Bahasa kreol: bahasa yg terbentuk drpd campuran dua bahasa yg berlainan melalui pertuturan sehingga menjadi bahasa utama dlm komuniti atau daerah tertentu. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka atau mana-mana perpustakaan/pusat sumber untuk tujuan tersebut. 

Istilah04.07.2010
Apakah KGND ke-2 yang sesuai untuk ibu bapa memanggil anak mereka? Adakah 'kamu', 'awak' atau 'kau'? Bagaimana pula dengan orang lebih tua (pak cik/mak cik)? Apakah KGND yang digunakan oleh golongan ini untuk memanggil golongan yang lebih muda? Adakah 'awak', 'kamu' atau 'kau'?"Kamu" digunakan kepada "orang yang lebih rendah umur dan taraf", manakala "Awak" dan "kau" digunakan kepada "orang yang sama taraf atau sesama rakan sebaya". Oleh itu, kata sapaan yang sesuai ialah "kamu".Tatabahasa22.02.2015
Apakah maksud pantun ini?Biasa berpisau,jangan berparang,Biasa pada kau,jangan bawa ke orang.Manakala bagaimanakah membina ayat dengan menggunakan pantun ini?
Pantun tersebut boleh ditafsirkan sebagai jangan mengajak orang lain mencontohi atau mengikut perbuatan buruk kita. 
Makna03.02.2021
maksud perkataan cakna, pewaris

Sdr. Mohd Zubir, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Cakna membawa makna - daripada terengganu - ambil peduli, ambil berat: semenjak emak kau meninggal, sayalah yg ~ makan minum ayah kau.

manakala pewaris bermakna - orang (pihak) yg mewarisi, waris: kita adalah ~ kebudayaan yg terkaya dlm dunia; ~ ilmu Yunani; beliau muncul sbg ~ jawatan Perdana Menteri.

 

Makna26.04.2009
1. Apakah sudah ditetapan penggunaan kata IA untuk benda dan binatang dan DIA untuk manusia sahaja? 2. Bolehkah singkatan KAU digunakan sebagai objek seperti dalam ayat DIA MEMUKULKAU SEHINGGA PENGSAN. Harap jawab segera. Terima kasih

1. Perkataan ia hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara, tidak boleh digunakan untuk binatang, manakala dia untuk orang/manusia sahaja.

2. Kata ganti singkat kau tidak wajar berfungsi sebagai pemilik atau sebagai objek. Kata ganti singkat diri kedua yang wajar berfungsi sebagai pemilik atau sebagai objek ialah mu, bukan kau.  

Tatabahasa30.03.2010
12

Kembali ke atas