Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bp kamu sekalian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Puisi
 

Burung berbunyi awan melindung,
     Patah galah haluan perahu;
Kau sawa aku tedung,
     Alah menang belum tahu.


Lihat selanjutnya...(6)

Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
nyangahant Skmembaca mantera atau jampi kesyukuran di majlis gawai.“Ke mana kau? Mandi lagi. Orang hendak nyangahant sebentar lagi. Ahtieng sudah siap.”Berakhirnya Pesta NgongcongGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngekot MSrperihal perempuan yang mengikut lelaki ke rumah bertujuan untuk berkahwin.Semua orang menyoal kepala sendiri tentang engkau iaitu kenapa kau tidak membalas dendam sahaja kepada perempuan yang pernah menganiaya cintamu dan hidupmu yang sering kaukatakan membuatkan kau begitu kecewa? Katamu setelah beberapa hari bertunang dengan hantaran yang mewah-mewah, dia mengejar lelaki lain lalu ngekot kemudian bernikah dan hantaran pertunanganmu satu sen pun tidak dikembalikannya.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
seluar sumbu MSrseluar dalam yang diikat dengan tali di pinggang.Apa bezanya mereka dengan kita. Mereka manusia juga. Kita pun manusia. Apa lebihnya mereka daripada kita. Yang berbeza hanyalah mereka orang datang, kita orang asal. Itu saja. Apa yang ada pada mereka ketika mereka mula-mula datang dulu? Eh, kau tahu tak, kerana merempat di tanah air sendiri, ada yang datang dengan seluar sumbu saja.Bermulanya Di SiniGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
piau Mlbarang kepunyaan si mati atau pemberian orang yang dihantar ke kubur semasa pengkebumian (contohnya pinggan mangkuk kepunyaan si mati). Ia sama ada dikuburkan bersama atau diletakkan di atas kubur.Meligun, barang tu susah sikit, Lam. Kau pun tahu itu piau yang paling berharga.Dia cuba menerangkan pada Salam. "Ini pun terlanjur saya jumpa semasa saya tolong menggali dua hari lepas." Dia menerangkan keadaan dia terjumpa selepak itu.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas