Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan pemersatu diterima dalam bahasa Melayu? Contoh: bahasa Melayu pemersatu kaum-kaum di Malaysia.Pembentukan kata terbitan yang betul ialah "pemersatuan". Pembentukan kata "satu" > bersatu > mempersatukan > pemersatuan.
Lain-lain24.04.2019
Bagaimana menulis "... kaum Ad"? a) ... kaum Ad b) ... Kaum Ad Sekian, terima kasihCara yang betul ialah ...kaum Ad.Tatabahasa12.04.2013
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan.Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud  kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak.Makna01.06.2010
Assalamualaikum. Tuan , mohon pencerahan tentang konsep amalgamasi kaum dan asimilasi kaum. Amalgamasi membawa maksud proses yang terjadi apabila budaya atau kaum bercampur dan mewujudkan budaya dan ras baharu, cth Pan-Asian, Chindian dll tetapi tiada bukti ketara adanya budaya baharu wujud. Berbanding dengan contoh asimilasi kaum, di mana percantuman dan penyatuan etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok budaya dan identiti yang sama, contoh masyarakat Indonesia, Cina Peranakan, Chitty Melaka. Bagaimanapun bukan kedua contoh terakhir masyarakat Cina Peranakan dan Chitty Melaka lebih menepati konsep amalgamasi dengan kewujudan ras yang baharu dan budaya yang baharu memandangkan bukan semua budaya masyarakat ini seratus peratus sama dengan bangsa masyarakat tempatan (melayu). Mohon pencerahan terhadap konsep ini dalam konteks hubungan etnik. Terima kasih.Untuk makluman, amalgamasi tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Akan tetapi, merujuk kepada Sains Politik, dari segi bahasa, amalgamation bermaksud gabungan/penggabungan.Makna26.01.2017
berbilang-bilang kaum atau berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
wujud ke perkataan berbilang-bilang kaum? ata berbilang kaum?Frasa yang betul ialah berbilang kaum. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, berbilang bermaksud  lebih drpd satu banyaknya.Istilah11.07.2010
Salam Sejahtera Didapati ada penulisan dalam siaran media cetak/online yang mengunakan ejaan Kaum Batek bukan seperti yang ada daftar istilah iaitu Kaum Bateq. Adakah ejaan kaum Batek boleh digunakan?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah Bateq.Ejaan18.07.2019
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
Kesan Yang Dijangka Daripada Gabungan Pelbagai Kaum Kesan yang Dijangka daripada Gabungan Pelbagai Kaum Mana satu yang betul untuk tajuk.Dari segi ejaan, tajuk "Kesan Yang Dijangka daripada Gabungan Pelbagai Kaum" betul.Tatabahasa06.02.2014
Salam sejahtera Tuan, Puan. Saya ingin bertanya: apakah asal usul terma "janji Melayu"? Adakah terma itu diberi oleh kaum lain kepada kaum Melayu secara khusus? Dan dalam konteks apakah terciptanya terma itu (cth: manifesto politik, servis perkhidmatan...)? Jikalau Tuan/Puan mempunyai saranan bahan rujukan berkenaan, di manakah saya boleh mendapatkannya?Untuk makluman tuan/puan. perkataan janji Melayu itu hanya digunakan dalam pertuturan dan perkataan tersebut tidak terdapat dalam pangkalan data DBP.Lain-lain07.12.2017
12345678910...

Kembali ke atas