Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. puak, suku bangsa: banyak ~ orang asli yg masih tinggal di dlm hutan; 2. jenis bangsa: antara ~ yg hidup berpindah-pindah pd zaman sekarang ialah ~ Eskimo; 3. keluarga, sanak-saudara: seorang gadis dilarang keluar belayar seorang diri kecuali bersama-sama dgn bapanya ataupun seorang drpd ~ kerabatnya yg haram nikah dengannya; 4. golongan (orang yg sekerja, sefahaman, setingkat, dll): ~ buruh; ~ petani; ~ nelayan; 5. bahagian drpd jenis (tumbuh­tumbuhan dan haiwan); ~ asli penduduk asli di sesebuah negara; ~ atasan golongan orang yg tinggi taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat (spt orang-orang yg berpangkat tinggi, golongan bangsa­wan, dsb); ~ borjuis golongan orang per­tengahan (tidak tinggi atau rendah taraf atau kedudukan mereka dlm masyarakat); ~ buruh golongan pekerja (buruh); ~ guru orang-orang yg berjawatan guru; ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan; ~ keluarga = ~ kerabat sanak saudara, saudara-mara; ~ kolot orang-orang yg termasuk dlm golongan yg berfikiran kolot; ~ lelaki golongan orang lelaki; ~ marhaen rakyat jelata yg kebanyakan (spt petani kecil, buruh, dll); ~ modal orang-orang yg kaya (ber-modal), golongan kapitalis; ~ muda angkatan muda; ~ munafik orang-orang yg munafik; ~ Muslimin orang-orang Islam; ~ Musyrikin orang-orang kafir; ~ pemberontak orang-orang yg memberontak; ~ perewa Mn orang yg buruk kelakuannya (spt samseng); ~ proletar golongan pekerja bawahan; ~ rendahan golongan orang yg rendah pang­katnya atau kedudukannya, dsb; ~ syarikat orang-orang yg menjadi sahabat (sekutu); ~ tani orang-orang yg bertani, golongan petani; ~ terpelajar (cerdik, cendekia) golongan orang yg pandai-pandai; ~ tua generasi tua; berkaum 1. berkerabat (dgn), mempunyai pertalian kekeluargaan (dgn): dia itu ~ dgn saya; 2. berkaum-kaum; 3. ark (ber)sembah­yang mengikut imam (berimam), sembahyang berjemaah; berkaum-kaum berpecah-pecah mengikut kaum, berpuak-puak: akan tetapi hidup mereka masih ~; perkauman 1. (yg berkaitan dgn) kaum kerabat (keluarga), (pertalian) sanak-saudara; 2. (yg berkaitan dgn) golongan, puak; 3. (yg ber­kaitan dgn sesuatu) suku bangsa, kesukuan (bangsa dll): perasaan ~ yg keterlaluan di negara yg berbilang bangsa sangatlah berbahaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 golongan orang sbg sebahagian drpd satu bangsa yg besar; suku bangsa: Penduduknya yg terdiri drpd berbagai-bagai ~ itu hidup berbaik-baik. 2 saudara-mara; keluarga; kerabat: Ia tidak diakui oleh ~nya. 3 golongan orang yg sama pekerjaannya (pendapatnya, tarafnya dll): ~ tani. ~ asli penduduk asli sesebuah negara. ~ atasan orang-orang yg berpangkat tinggi. ~ buruh golongan orang yg bekerja sbg buruh. ~ guru orang-orang yg bekerja sbg guru. ~ ibu (wanita) golongan orang perempuan. ~ keluarga (kerabat) saudara-mara. ~ lelaki golongan orang lelaki. ~ terpelajar golongan orang pandai-pandai. berkaum 1 bersaudara (dgn); berkeluarga (dgn). 2 = berkaum-kaum berpuak-puak; berkelompok-kelompok. perkauman 1 hal-hal mengenai kaum (perhubungan saudara, golongan dll). 2 hal atau perbuatan berkaum-kaum: Faham ~ masih tebal di kalangan mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,

Puisi
 

Hari ini hari Ahad,
     Besok hari Isnin;
Mudah-mudahan nabi mengaku umat,
     Barulah masuk kaum muslimin.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Tebas buluh serumpun.

Bermaksud :

Merosakkan kaum kerabat kerana perbuatan yang tidak baik.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dondang sayangdondang sayangMuzikTiada

 Nyanyian hiburan kaum Melayu dan kaum Baba Nyonya di Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. Penyanyi akan menjual beli pantun sambil sindir-menyindir. Pantun biasanya diucapkan secara spontan dan biasanya bertemakan kasih sayang, budi pekerti, buah-buahan, jenaka dan nasihat. Penyanyi dondang sayang diiringi ensembel biola, akordion, rebana dan gong yang didendangkan dalam rentak asli. Dondang sayang bermaksud berdendang sayang, iaitu menyanyi untuk menunjukkan sifat kasih.

communal paritypersamaan kaumSejarahTiadaPembahagian atau pengagihan yang sama rata bagi semua kaum dalam sesebuah komuniti sama ada daripada segi harta atau status sosial.
patriarchypatriarkiKriminologiKeadilan JenayahPandangan feminisme yang menyatakan bahawa kaum lelaki menggunakan pengaruh atau kedudukan mereka untuk mengawal dan menguasai kaum wanita dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk dalam menentukan jenis kesalahan jenayah wanita serta tindak balas undang-undang.
xenophobiaxenofobiaSains PolitikPolitik PerbandinganSikap tidak suka, benci atau takut kepada kaum lain selain kaumnya sendiri. Sikap ini menganggap individu dari kaum lain sebagai sangat asing, tidak sebaik kaumnya, tidak harus dihormati malah dibenci. Sikap ini membawa kepada hubungan yang tidak baik antara kelompok. Sifat ini juga mendorong kepada amalan tidak bertoleransi, diskriminasi, eksploitasi dan segregasi. Sikap ini menggambarkan fikiran yang tertutup dan jumud. Contohnya, pandangan orang Jerman terhadap orang Yahudi awal abad ke-20 dan orang kulit putih terhadap orang kulit hitam di Afrika pada era Aparteid.
social justicekeadilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganLayanan saksama yang diberikan kepada setiap individu atau masyarakat tanpa mengira kaum, daerah atau keturunan. Semua kaum memiliki kedudukan yang sama di bawah pentadbiran kerajaan, undang-undang atau kebajikan. Setiap kelompok memiliki kebebasan untuk hidup aman, bekerja, mengamalkan agama dan menggunakan bahasanya sendiri tanpa larangan, sekatan atau sebarang gangguan. Kebanyakan parti sosialis meletakkan prinsip asas mereka kepada perjuangan keadilan sosial kerana menolak sebarang penindasan oleh golongan atasan.
dress lounge jacketjaket santaiKesenianTiadaIstilah Inggeris untuk jaket petang separa rasmi yang dipakai oleh kaum lelaki pada tahun 1888. Pada asalnya dipakai untuk perjumpaan di kalangan kaum lelaki saja.
aumoniereaumonierKesenianTiadaPundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang, pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka.
aulmoniereaulmonierKesenianTiadaPundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang, pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka.
aulmoneraulmonerKesenianTiadaPundi kecil yang dibuat daripada sutera atau kulit yang digantung pada tali pinggang, pakaian kaum lelaki hingga ke Zaman Pembaharuan. Sekarang ini pundi tersebut juga digunakan oleh kaum wanita untuk membawa alat-alat solek mereka.
tribal politicspolitik kabilahSains PolitikPolitik PerbandinganPolitik yang bersifat tradisional yang mengutamakan ikatan kekeluargaan, suku atau kaum. Sentimen keagamaan, bahasa yang digunakan, budaya, daerah dan primordial yang lain cukup kuat mempengaruhi politik jenis ini. Hubungan patronage dan kekerabatan ini mengatasi ikatan kepartian, ideologi, kerasionalan dan nasionalisme. Politik ini masih banyak terdapat dalam negara sedang membangun seperti di Asia dan Afrika. Hal ini menyukarkan amalan demokrasi, penglibatan yang tinggi dan persaingan yang bebas dilaksanakan di negara tersebut. Contohnya, politik dalam suku kaum Bushman di Botswana, suku kaum Masai di Kenya dan suku kaum Hutu dan Tutsi di Rwanda. Sinonim politik kesukuan.
12345678910...

Kembali ke atas