Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
kaum (kata nama)
1. Bersinonim dengan suku: kabilah, taefah, bangsa orang, puak, suku,

2. Bersinonim dengan ahli: keluarga, sanak-saudara, saudara-mara, kerabat, gerombongan, kelompok, pasukan, rombongan, komuniti mujtamak,

Kata Terbitan : berkaum, perkauman,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Saya ingin menanyakan beberapa soalan: 1. Bolehkah saya tahu jika terdapat perbezaan antara penggunaan perkataan 'gadis' dan 'wanita', contohnya penggunaan dibezakan dengan peringkat umur? 2. Bolehkah perkataan 'saudari' digunakan sebagai kata nama, contohnya 'seorang saudari'? Mohon pencerahan daripada pihak DBP. Terima kasih.

1. Mengikut Kamus Dewan, gadis bermaksud anak perempuan yang sudah boleh berkahwin atau  anak perempuan yang belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya. Manakala perkataan wanita merupakan bahasa halus bagi merujuk orang perempuan, kaum ibu atau kaum puteri.

2. Perkataan saudari boleh digunakan sebagai kata ganti nama diri orang kedua sahaja seperti awak, kamu dan anda yang digunakan pada perempuan terutama dalam surat-menyurat. Contoh penggunaan seorang saudari tidak betul.

Tatabahasa23.05.2021
Selamat sejahtera. Adakah ayat berikut betul? 1. Ini baju batik. 2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. 3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. 4. Datuk saya sedang menternak itik.(menternak ialah satu perbuatan yang berlaku secara berterusan, adakah perkataan 'sedang' sesuai digunakan?) Untuk menggabungkan dua ayat tunggal yang berikut, ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? ayat tunggal: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau kaum India? atau ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? Perkataan kaum perlu ada dalam ayat majmuk? Sekian, terima kasih1. Ini baju batik. (Betul)
 
2. Ibu saya memandu kereta untuk membawa saya pergi ke sekolah. (Betul)

3. Ayah saya memandu kereta pergi ke bekerja. (Ayah saya memandu kereta ke tempat kerja.) -Betul

4. Datuk saya sedang menternak itik. (Boleh digunakan)

5.Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina? 
 Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum India? 
ayat majmuk: Yoyo Cina ialah permainan tradisional kaum Cina atau India? - Ayat ini betul. Perkataan kaum digugurkan.
Tatabahasa17.10.2012
Tolong membantu saya menyemak bina ayat ini keselurahannya. 2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita menghargai masa yang diibaratkan sebagai emas. 3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya. 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal-ehwal dunia dan tidak dianggap sebagai katak di bawah tempurung. 5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung wang angkos walaupun sedikit kerana sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang bagi para pelajar bersua antara satu sama lain bak kata orang tua-tua tak kenal maka tak cinta. 7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk bak kata peribahasa bulat air kerana pembetung,bulat kata kerana muafakat. 8.Cara menghargai jasa orang tua hendaklah dengan menyayangi mereka agar mendapat kepuasan yang tidak terpermanai banyaknya. 9.Masyarakat yang berbilang bangsa hidup gembira dan aman menyempenakan negara. 10.Negara Malaysia sebuah negara yang beragama dan beretika dalam pelbagai kaum terdiri daripada adat istiadat,saling berkunjung,saling membantu dalam keadaan yang indah permai bak kata cendekiawan indah ialah kata yang lahir daripada keadaan sebuah negara yang maju.

2.Budaya mengunjungi perpustakaan membantu kita mengisi masa kerana masa itu emas.
3.Ibu bapa perlu membudayakan amalan menabung dalam kalangan anak sejak kecil seperti peribahasa;  Melentur biarlah waktu rebung.
 4.Kita hendaklah rajin membaca surat khabar supaya kita mengetahui hal ehwal dunia dan tidak dianggap seperti katak di bawah tempurung.
5.Para pelajar hendaklah dibiasakan dengan budaya menabung kerana walaupun sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit.
6.Aktiviti kokurikulum yang melibatkan pelajar pelbagai kaum membuka ruang kepada mereka untuk bertemu antara satu sama lain seperti peribahasa tak kenal maka tak cinta.
7.Budaya gotong-royong dapat memupuk semangat kerjasama dan permuafakatan dalam kalangan penduduk seperti  bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat.
8.Cara menghargai jasa orang tua adalah dengan menyayangi mereka agar mendapat kebaikan  yang terpermanai.
 9.Masyarakat berbilang bangsa hidup dengan aman dan gembira dalam sebuah negara yang harmoni.
 10.Negara Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama serta  hidup dengan penuh adat istiadat,beretika, saling berkunjung dan saling membantu dalam apa jua keadaan untuk  mencapai negara yang bertamadun.

 

Tatabahasa24.08.2018
Apakah makna SAUDARA..SEPUPU...SAUDARAMARA..KELUARGA...TKMerujuk Kamus Dewan, saudara ialah orang yg sama ayah dan ibunya (ibu atau ayahnya sahaja yg sama), abang (kakak) atau adik: ia berazam utk menuntut bela atas kematian ~ perempuannya; 2. orang yg ada hubungan kekeluargaan, sanak: dia bukan ~ saya, hanya kenalan sahaja; 3. orang yg sama darjat. Sepupu ialah saudara sedatuk (senenek). Saudara mara pula ialah semua kaum keluarga sendiri (jauh dan dekat). Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna10.12.2008
Maaf, saya ingin bertanya tentang rantai pinakol. Adakah pihak DBP tiada sebarang maklumat tentang pinakol? Saya telah membuat carian di carian umum tetapi tidak dijumpai. Mohon pencerahan daripada pihak DBP.Pinakol merujuk pada hiasan gubahan manik yang dipakai oleh masyarakat Rungus di utara Sabah, Kudat. Gubahan manik Pinakol telah menjadi warisan turun temurun dikalangan masyarakat Rungus di Kudat. Pinakol menjadi pusaka turun temurun dalam keluarga rungus di sebelah perempuan iaitu, peninggalan ibu kepada anak perempuannya. Pinakol terdiri daripada sepasang tali pinggang jenis selempang bermanik leper yang dikenakan melintang dada ke belakang bagi kegunaan hiasan biasa. Sejenis lagi biasanya dikenakan pada tradisi perkahwinan suku kaum Rungus di Kudat. Hasil kerja manik, warna yang digunakan dan reka bentuknya dapat membezakan etnik Rungus dari etnik lain di Sabah dengan mudah. Ia sering dikenakan bersama pakaian tradisi masyarakat Rungus yang kebiasannya bewarna hitam. Selain itu, Manik jenis ini juga  digunakan sebagai rantai leher untuk lelaki dan perempuan.Lain-lain02.07.2020

Kembali ke atas