Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kaun.se.ling] | کاءونسليڠ

Definisi : proses teratur yg melibatkan per­bincangan yg rapi tentang masalah yg diha­dapi oleh seseorang dan usaha mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat; mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: kaunselor sekolah itu gagal ~ pelajar yg bermasalah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kaun.se.ling] | کاءونسليڠ

Definisi : proses teratur yg melibatkan perbincangan yg rapi ttg masalah yg dihadapi oleh seseorang dan usaha utk mengatasi atau menyelesaikannya menerusi bimbingan dan nasihat. mengkaunseling memberikan kaunseling kpd: Pihak sekolah gagal ~ pelajar yg bermasalah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kaunseling (kata nama)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan bimbingan, pimpinan, nasihat, ajaran, petunjuk, usul, tunjuk ajar, peringatan.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
existential counselingkaunseling kewujudanPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang menumpukan perhatian terhadap aspek negatif yang dipersepsikan oleh klien. Menurut pendekatan ini, punca-punca kecelakaan atau psikopatologi ialah kegagalan klien untuk bertanggungjawab terhadap sesuatu yang mereka lakukan. Pendekatan ini berbeza dengan pendekatan humanistik yang menumpukan aspek positif dalam hidup klien. Dengan ini, matlamat kaunseling kewujudan adalah untuk menolong klien mengenali hakikat bahawa dalam kehidupan ini manusia mempunyai pilihan dan bertanggungjawab terhadap tindakan mereka. Klien diminta supaya berterus terang, amanah, terbuka dan suka bercampur gaul dengan orang lain. Contohnya, hubungan psikologikal sesama manusia boleh membantu mengatasi masalah ketakutan asas seperti kematian kerana apabila mereka memahami hakikat kewujudan mereka, maka akan terbentuk kenyakinan bahawa nama yang baik akan terus kekal dalam ingatan masyarakat selepas kematian mereka.
invasive counselingkaunseling cerobohSains KesihatanTiadaKaunseling yang menceroboh peribadi pesakit.
pharmaceutical counselingkaunseling farmaseutikalSains KesihatanTiadaKaunseling yang diberikan oleh ahli farmasi dalam perawatan pesakit.
disaster counselingkaunseling bencanaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang mengkhusus kepada pengurusan bencana dan cara-cara berhadapan dengan trauma yang dihadapi akibat bencana. Contohnya, kaunselor memberi sokongan, semangat dan empati kepada klien untuk berhadapan dengan bencana tersebut.
co-counselingkaunseling bersamaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling tanpa ahli terapi yang dilakukan secara berpasangan melalui kaedah main peranan. Kedua-dua orang klien secara bertukar ganti memainkan peranan sebagai kaunselor dan klien. Contohnya, satu pihak berperanan menjadi kaunselor dan satu pihak lagi menjadi klien.
career counselingkaunseling kerjayaPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling secara kelompok atau individu yang memfokus kepada matlamat untuk meningkatkan kesedaran klien mengenai kerjaya dan keputusan berkaitan pemilihan kerjaya yang sesuai.
directive counselingkaunseling terarahPsikologiPsikologi UmumKaedah kaunseling yang melibatkan kaunselor memberikan nasihat positif dan interpretasi di samping menyarankan jenis personaliti yang harus diterokai. Contohnya, kaunselor mencadangkan supaya klien mengubah tingkah laku yang negatif dengan memilih personaliti yang lebih positif.
cross cultural counselingkaunseling silang budayaPendidikanTiada

 Sesi kaunseling yang dijalankan antara kaunselor dengan klien yang berbeza latar belakang budaya.

counselkaunselingPendidikanTiadaTiada
counselingkaunselingKomunikasiTiadaProses komunikasi secara peribadi yang bertujuan untuk memberi nasihat dan bimbingan kepada individu yang bermasalah. Proses kauseling lazimnya dikendalikan oleh seorang pakar yang berwibawa dan terlatih.
123456

Kembali ke atas