Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tindakan mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, fungsi dsb supaya dapat berjalan dgn betul dan lancar selaras dgn atur­an, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan: ~ perdagangan mata wang memerlukan tindakan bersepadu semua negara; pendisiplinan kuasa pasaran boleh menggalakkan ~ korporat yg baik; mengawal selia melakukan atau menjalan­kan kawal selia: sebuah lembaga diberi tugas utk ~ pelabuhan itu; pihak kementerian sentiasa ~ aktiviti semua syarikat minyak yg terbabit; pengawalseliaan perihal (proses atau per­buatan) mengawal selia: akta ini menyediakan undang-undang tentang pelesenan dan ~ institusi yg menjalankan perniagaan bank; ~ mutu program francais juga diragui; pengawal selia pihak (badan atau orang) yg menjalankan kawal selia: keadaan itu mendesak ~ sekuriti utk berbincang dan bertukar-tukar maklumat; kajian itu menonjolkan isu utama yg membabitkan semua ~ kewangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : tindakan atau usaha mengawal dan menyelia sesuatu pekerjaan, tugas dsb supaya dpt berjalan lancar selaras dgn peraturan, prinsip, tujuan dsb yg telah ditetapkan. mengawal selia melakukan atau menjalankan kawal selia: Pihak Kementerian sentiasa ~ aktiviti syarikat-syarikat yg terbabit. pengawalseliaan perihal atau proses mengawal selia: ~ mutu pengeluaran memang diwajibkan. pengawal selia pihak, badan atau orang yg menjalankan kawal selia: Latihan itu adalah utk semua ~ kewangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
regulatory boardlembaga kawal seliaPentadbiranTiadaTiada
regulatory commissionsuruhanjaya kawal seliaPentadbiranTiadaTiada
regulatory commissionsuruhanjaya kawal seliaSains PolitikTiadaTiada
regulatory boardlembaga kawal seliaSains PolitikTiadaTiada
regulatory agencyagensi kawal seliaKejuruteraanTiadaTiada
regulatory bodybadan kawal seliaKejuruteraanTiadaTiada
regulatekawal atur; kawal seliaFizikTiadaTiada
regulatekawal atur; kawal seliaPentadbiranTiadaTiada
regulatekawal atur; kawal seliaPerubatanTiadaTiada
regulatekawal atur; kawal seliaUndang-undangTiadaTiada
12

Kembali ke atas