Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Glosari Dialek Kelantan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
umbak[um.bA/]kata namatempat yang tidak pasti, kawasan.Aku letok bok mung tu kok umbak ni la sakni.[A.ku l«.t/ bo/ muN tu ko/ um.bA/ ni lA sA/.ni]Saya letak buku awak tu di kawasan inilah tadi.
lasa[lA.sA]kata adjektifkawasan yang lapang berkenaan rumah, tanah dan lain-lain, luas; laha.Sura hok baru buwak tu, lasa jah.[su.ÄA h/ bA.Äu bu.wA/ tu lA.sA dZAh]Surau yang baru dibina tu lapang saja.
pade[p:A.dE]kata namakawasan untuk tanaman.Acu gi turuk ayoh pade tu, ado ore mari ni.[A.tSu gi tu.Äu/ A.jh p:A.dE tu A.d .ÄE mA.Äi ni]Tolong panggil ayah di bendang tu, ada tetamu datang ni.
luah lita[lu.wAh li.tA] kawasan yang terlalu luas (seperti padang dan lain-lain).Pade lek blake rumoh ambo tu luah lita.[pA.dE le/ blA.kE Äu.mh Am.b tu lu.wAh li.tA]Padang di belakang rumah saya tu terlalu luas.
laha[lA.hA]kata adjektifberkenaan kawasan yang lapang seperti rumah, tanah dan lain-lain, luas; lasa.Sura hok baru buwak tu, laha jah.[su.ÄA h/ bA.Äu bu.wA/ tu lA.hA dZAh]Surau yang baru dibina tu lapang saja.
ca I[tS:A]kata namakawasan tanah rendah tempat menakung air kotor, limbah.Ore curi tu glecoh masuk dale ca maso diyo lari.[.ÄE tS:u.Äi tu glE.tSh mA.so/ dA.lE tS:A mA.s di.j lA.Äi]Pencuri tu tergelincir masuk dalam limbah semasa dia lari.
kaye[kA.jE]kata nama1. menandakan sesuatu kawasan sebagai hak milik.Tepak tu ambo kaye doh, sapo pong tok leh ambek.[t«.pA/ tu Am.b kA.je dh sA.p poN t/ leh Am.be/]Tempat tu saya tanda sebagai hak milik saya, siapa pun tak boleh ambil.
sakak[sA.kA/]kata namasempadan yang membataskan sesuatu (seperti kawasan, perlakuan dan lain-lain).Kalu bebah pong, biya la ado sakak sikik.[kA.lu bE.bAh poN bi.jA lA A.d sA.kA/ si.ki/]Kalau bebaspun, biarlah ada batasannya.

Kembali ke atas