Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Kamus Dewan Perdana

KataTakrifSumber
empanganbinaan pengawal aliran air yg dibuat drp konkrit, tanah dsb merentangi kawasan aliran air, spt sungai dan laut dr dasar hingga ke permukaan, biasanya dijadikan sbg kawasan tadahan air, sumber pengairan tanah pertanian dan sumber tenaga hidroelektrikKamus Dewan Perdana
embelkawasan tanah yg permukaannya kelihatan agak kering tetapi sebenarnya lembut dan boleh menyebabkan kaki terbenam sekiranya dipijak kuatKamus Dewan Perdana
esplanadkawasan lapang yg rata dan panjang, biasanya di tepi laut, tempat orang bersiar-siarKamus Dewan Perdana
empayarkawasan luas yg mengandungi beberapa buah negara dan pelbagai bangsa yg diletakkan di bawah pemerintahan satu kuasa yg berdaulatKamus Dewan Perdana
Eurasiakawasan yg terdiri drp benua Eropah dan AsiaKamus Dewan Perdana
Eskimokumpulan orang yg tinggal di kawasan yg sangat sejuk di utara Kanada, Greenland, Alaska dan timur SiberiaKamus Dewan Perdana
epalpokok sederhana kecil yg banyak ditanam di kawasan beriklim sejuk utk menghasilkan buah yg boleh dimakanKamus Dewan Perdana
endemik(bkn tumbuhan, haiwan dsb) khusus ditemui pd satu kawasan geografi tertentuKamus Dewan Perdana
ex situ(bkn sst proses, tindakan dsb) di luar kawasan atau di luar kedudukan asalKamus Dewan Perdana
engkabangpokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakanKamus Dewan Perdana
123

Kembali ke atas