Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : 1. tempat terbuka atau lapangan (baik kecil ataupun sangat luas): ~ seluas seribu hektar telah disediakan utk projek-projek perindustrian itu; ~ di sekeliling rumah itu gelap-gelita; 2. lingkungan sesuatu keluasan yg termasuk di dlm sesuatu pemerintahan atau kekuasaan, daerah (sesuatu kerajaan, pemerin­tahan, dll), wilayah: tentera musuh menceroboh masuk ke dlm ~ Malaysia; 3. daerah atau wilayah yg sama keadaan buminya atau hawanya (hasilnya, kegiatan ekonominya, dll): ~ paya; ~ hutan; ~ tropika; ~ sejuk sederhana; ~ arang batu; ~ pertanian; ~ perladangan; ~ perusahaan; 4. NS kampung atau tanah (hak milik seseorang), pekarangan rumah; ~ hitam daerah atau selingkungan tempat-­tempat yg dianggap berbahaya (kerana ter­dapat ancaman, gerakan, dsb oleh gerombo­lan pengganas); ~ legeh kawasan (tanah tinggi) yg memisahkan dua hulu sungai atau lebih; ~ perairan bahagian laut sehingga ke beberapa batu dr pantai yg diiktiraf sbg terletak di bawah kekuasaan negeri berkenaan; ~ putih daerah atau selingkungan tempat­-tempat yg dianggap tidak berbahaya (bebas drpd ancaman pengganas); ~ sesak kawasan (biasanya kawasan bandaran) yg padat dgn penduduk (bangunan dsb); ~ sterling ling­kungan yg meliputi negara-negara yg menggunakan mata wang sterling sbg pertukaran asing utamanya; ~ tadahan kawasan yg menerima air hujan dan menyalirkannya ke sungai, tasik, empangan dsb; berkawasan mempunyai (ada) kawasan: pertubuhan antarabangsa yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ka.wa.san] | کاوسن

Definisi : tempat yg termasuk dlm sesuatu pemerintahan atau keadaan yg sama; daerah: Kapal-kapal itu telah terbabas ke ~ perairan Siam. Malaysia termasuk dlm ~ khatulistiwa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kawasan (kata nama)
1. Bersinonim dengan daerah: wilayah, mukim, kampung, bahagian, seksyen, jajahan, zon, medan, kampus, gelanggang, arena,

2. Bersinonim dengan pekarangan: parak, halaman.,



Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
deforestedadj dibasmi hutan: ~ areas, kawasan-kawasan yg dibasmi hutan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
regionn 1. area, kawasan: the wine-growing ~s of France, kawasan tanaman anggur di Perancis; tropical ~s, kawasan-kawasan tropika; 2. area of the body, bahagian: the lower ~ of the abdomen, bahagian bawah abdomen; the lumbar ~, bahagian lumbar; 3. sphere of activity, interest, etc, bidang: the ~ of philosophy, bidang falsafah; 4. area outside that of the capital city, daerah, kawasan luar ibu kota;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unexploredadj /tdk, belum/ dijelajahi: ~ regions of the world, kawasan-kawasan di dunia yg tdk dijelajahi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unwateredadj not supplied with water, tdk berair: ~ desert regions, kawasan-kawasan gurun yg tdk berair.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
non-existentadj tdk wujud: in those areas, air pollution is almost ~, di kawasan-kawasan itu, pencemaran udara hampir tdk wujud.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
forayvi menyerbu: the troops ~ed into neighbouring territories, askar-askar itu menyerbu ke kawasan-kawasan jiran.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
uplandadj & n tanah tinggi: these flowers grow well in ~ areas, bunga-bunga ini tumbuh subur di kawasan-kawasan tanah tinggi; ~ farmers, petani tanah tinggi; tea plantations in the ~s, ladang-ladang teh di tanah tinggi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
banditryn perbuatan rompak samun: ~ is still rampant in certain areas, perbuatan rompak samun masih berleluasa di kawasan-kawasan tertentu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
strategic adj strategik: a ~ retreat, pengunduran yg strategik; the ~ bombing of industrial areas, pengeboman yg strategik thdp kawasan-kawasan perindustrian;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
obtainvi (fml) berlaku: a custom that still ~s in the remote areas, adat yg masih berlaku di kawasan-kawasan terpencil;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas