Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. banyak harta (wang dsb): bak kata adat, tuah dek sisik, ~ dek pendapatan; ia berasal drpd keluarga yg ~ juga; orang ~ a) orang yg mempunyai banyak harta (wang dsb); b) = orang ~-~ sl orang yg tinggi kedudukannya (pangkatnya, martabatnya); c) Mn isteri orang yg berpangkat; 2. = Maha K~ Maha Besar, Maha Berkuasa (bkn Tuhan): Tuhan yg Maha K~; 3. = ~ dgn (sesuatu) banyak mempunyai atau mengandungi (dlm berbagai-bagai erti): buah betik ~ dgn vitamin A dan C; negeri yg ~ dgn sumber alam; seorang lelaki tua yg ~ dgn pengalaman; bahasa yg ~ bahasa yg banyak kata-katanya (ungkapannya dll); ~ anak banyak anak; ~ hati (orang yg) mulia hatinya, dermawan, pemurah; ~ hutang (orang yg) banyak hutangnya; ~-raya kaya sekali (besar), sangat kaya; (orang) ~ baru (orang yg) baru menjadi kaya; hendak ~ berdikit-dikit, hendak tuah bertabur urai, hendak berani berlawan ramai prb hemat itulah titian kaya dan murah itulah titian tuah serta banyak lawan itu mendatangkan berani; kalau ibu ~, anak jadi puteri, kalau anak ~, ibu jadi budak prb perihal perbezaan antara kesayangan ibu dgn kesayangan anak; orang baru ~ jangan dihutangi, orang lepas nikah jangan ditandangi prb sia-sialah mengerjakan perbuatan yg tidak mendatangkan faedah; orang ~ suka dimakan, orang elok (muda) selendang dunia prb orang hartawan yg selalu dermawan, orang muda adalah perhiasan dunia (utk puji-pujian); tak ~ oleh emas pembawa, tak gadis oleh kain berselang prb hendaklah berusaha sendiri utk mencapai kemuliaan dlm hidup dan janganlah mengharapkan bantuan orang; mengayakan menjadikan kaya (berharta atau berwang banyak); memperkaya 1. menjadikan bertambah (makin) kaya: ~ diri sendiri; 2. ki menjadikan makin banyak (luas dsb), menambah banyak­nya (luasnya dsb), memperbanyak atau mem­perluas: usaha ~ perbendaharaan kata bahasa Melayu; kedatangan agama Hindu ~ kepercayaan-kepercayaan lama ini dgn dewa-dewa Hindu dan berbagai-bagai mantera; terkaya kaya sekali, paling kaya; kekayaan 1. perihal kaya: apabila tuan hamba dlm ~ dan kebesaran tuan hamba, kami sentosalah dgn kesukaan kami; perhiasan-perhiasan itu dipakai mungkin utk menunjuk-nunjukkan ~; 2. segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang atau sesuatu pihak: harta ~nya akan diwariskannya kpd isterinya; mereka berhak mempunyai ~nya sendiri; 3. kekuasaan, kebesaran: ~ Allah SWT; pemerkayaan perbuatan (proses) menjadi­kan sesuatu bertambah (makin) kaya: kemasukan pengaruh bahasa asing memang memainkan peranan penting dlm ~ bahasa Indonesia; pengayaan perihal (usaha, proses, dsb) me­ngayakan: pelajaran kesusasteraan secara tidak langsung mencepatkan proses ~ dan penguasaan bahasa; ~ atau peluasan perbendaharaan kata. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Jw seperti, sebagai, macam: ~ anjing liar bergerombolan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : seri kaya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 banyak mempunyai harta (wang dll): Dialah yg ~ sekali di kampung ini. 2 mempunyai kuasa (bkn Tuhan): Tuhan Maha ~. 3 banyak mempunyai sesuatu (spt zat, vitamin): Buah betik ~ dgn vitamin A dan C. ~ hati suka menolong orang miskin dll; mulia hati. ~-raya sangat kaya. mengayakan menjadikan atau menyebabkan kaya. memperkaya menjadikan bertambah kaya; menyebabkan semakin kaya. terkaya kaya sekali; paling kaya. kekayaan 1 perihal (keadaan) kaya: Berita ~ Melaka sampai ke sana. 2 kekuasaan; kebesaran: keadilan dan ~ Tuhan. 3 segala harta benda (wang dll) yg dipunyai oleh seseorang. pengayaan perbuatan atau hal mengayakan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Pisang raya samanya raya,
     Pisang kulilit masak di hujung;
Tuan kaya samalah kaya,
     Kami miskin mencari untung.


Lihat selanjutnya...(28)
Peribahasa

Tiang pandak hendak menyamai tiang panjang.

Bermaksud :

Hendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.

 

Lihat selanjutnya...(93)


Kamus Melayu Parsi

Kamus Parsi.indb
ندوب رداق ،نتسناوت )tavānestan, ghāder būdan( )tavāngar, ghanī, dārā( اراد ،ینغ ،رگناوت tamat setem latihan senaman, berlatih buaya bersih cepat, laju tembakau malas tenis kamu, awak, anda tandas boleh, mampu kaya finish stamp exercise to exercise crocodile clean quick tobacco lazy tennis you toilet can, to be able rich اراد ،ینغ ،رگناوت مامت Kamus Parsi.indb 42 5/18/11 9 ghīl, sangīn( نيگنس ،ليقث )s̱ols̱ ( ثلث )s̱amar, ḥāṣel( لصاح ،رمث )s̱amar, mīve( هويم ،رمث )s̱amar bakhsh, mofīd( ديفم ،شخب رمث )s̱avāb( باوث tetap ketiga kelapan kedua saat kekayaan, harta benda kaya berat satu per tiga, sepertiga hasil buah bermanfaat pahala invariable third eighth second second (sixtieth of one minute) wealth rich heavy onethird result fruit useful spiritual reward ث Kamus Parsi

Kembali ke atas