Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
rusam[Òu.sAm]kata namasejenis alat (batang atau pegangannya daripada kayu atau kayu yang boleh berputar) untuk mengajar anak-anak kecil berjalan.Dulu depa pakai rusam nak ajaq anak depa bejalan.[du.lu dE.pA pA.kAj Òu.sAm nA/ A.jA)Ö A.nA/ dE.pA b«.dZA.lAn]Dahulu ibu bapa menggunakan rusam untuk melatih anak-anak mereka berjalan.
tengalong[t«.NA.loN]kata kerjamembaling (dengan kayu, batu).Dia tengalong anjin tu dengan kayu, kena tepat.[di.jA t«.NA.loN An.dZin tu d«.NAn kA.ju k«.nA t«.pAt]Dia membaling kayu tepat kena pada anjing itu.
tukai[tu.kAj]kata namabatang kayu yang tajam hujungnya untuk melubangi tanah untuk ditanam (padi, jagung dan lain-lain), tugal.Ayah dok cari kayu nak buat tukal pasai dia nak tanam jagong.[A.jAh do/ tSA.Òi kA.ju nA/ bu.wAt tu.kAj pA.sAj di.jA nA/ tA.nAm dZA.goN]Ayah sedang mencari kayu untuk dijadikan tugal, kerana hendak menanam jagung.
kayu tiga tengah dua[kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA] pukul.Masok kampong orang jangan buat tak ketahuan, satni kena kayu tiga tengah dua.[mA.so/ kAm.poN .ÒAN dZA.NAn bu.wAt tA/ k«.tA.hu.wAn sAt.ni k«.nA kA.ju ti.gA t«.NAh du.wA]Masuk ke kampung orang jangan sembarangan, nanti kena pukul.
komoi I[k.mj]kata kerjamenumpulkan atau melicinkan sesuatu yang tajam atau runcing seperti bahagian bersegi kayu atau hujung bahagian yang runcing.Tukang kayu tu dok komoi sagi meja hak tajam tu.[tu.kAN kA.ju tu do/ k.mj sA.gi mE.dZA hA/ tA.dZAm tu]Tukang kayu itu sedang melicinkan bahagian tepi meja yang tajam itu.
daon budi[dA.won bu.di] ukiran atau sejenis awan larat (pada kayu, kertas dan lain-lain) berbentuk pucuk rebung, yang pucuknya (menghala, berjuntai) ke bawah.Kretaeh begunting daon budi tutop kayu alang ataeh bumbong pelamin tu.[kÒ«.tAEh b«.gun.tin dA.won bu.di tu.top kA.ju A.lAN A.tAEh bum.boN pE.lA.min tu]Kertas bergunting daun budi menutup kayu alang di atas bumbung pelamin itu.
   2. gerudi, alat penebuk lubang, penggerek.Tukang kayu tebok lubang kat papan pakai gremit.[tu.kAN kA.ju t«.bo/ lu.bAN kAt pA.pAn pA.kAj gÒ«.mit]Tukang kayu itu menebuk lubang di papan dengan dengan menggunakan gerudi
conggoh[tSN.gh]kata nama1. kayu bercabang atau bercangap di hujungnya yang dicacak di tepi tangga untuk menyangkut cebok atau gayung sebagai alat pembasuh kaki.Conggoh tempat sangkot cebok tu dah nak reput, elok ganti hak laen.[tSN.gh t«m.pAt sAN.kut tSE.b/ tu dAh nA/ Ò«.put E.l/ gAn.ti hA/ lAen]Kayu bercangap penyakut gayung itu hampir reput, eloklah diganti dengan yang lain.
kelungkoq[k«.luN.k)Ö]kata namapangkal pelepah kelapa dan lain-lain.Mokalu tak dak kayu api, kelungkoq nyoq pon buleh guna buat masak.[m.kA.lu tA/ dA/ kA.ju A.pi k«.luN.k)Ö ø)Ö pon bu.leh gu.nA bu.wAt mA.sA/]Jika tiada kayu api, pangkal pelepah kelapa pun boleh digunakan untuk memasak.
   2. roda yang dibuat daripada kayu mampat.Kalu tanah kerin, kita buleh guna anoq hak ada gerek bagi senang krebau tarek.[kA.lu tA.nAh k«.Òin ki.tA bu.leh gu.nA A.nâÖ hA/ A.dA gE.ÒE/ bA.gi s«.nAN kÒ«.bAw tA.Òe/]Kalau tanah kering, kita boleh menggunakan anur yang beroda untuk memudahkan kerbau menariknya.
123

Kembali ke atas