Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Rumah kayu-kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.' Apakah cadangan untuk betulkan ayat ini? Terima kasih

Saudara,

Ayat tersebut boleh dibetulkan menjadi 'Rumah-rumah kayu itu habis dimakan oleh anai-anai.

Tatabahasa20.10.2009
Apakah terjemahan yang paling tepat bagi "Malaysian Timber Council"? "Majlis Perkayuan Malaysia," "Majlis Kayu-Kayan Malaysia," atau "Majlis Kayu Malaysia"?

Untuk makluman tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk Malaysian Timber Council. Istilah bahasa Melayu untuk timber ialah kayu, kayu-kayan dan balak. Kayu bermaksud  bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll). Kayu-kayan bermaksud pelbagai jenis kayu. Perkayuan bermaksud segala jenis pekerjaan yg bersangkutan dgn kayu (spt menebang, mem­buat kerusi drpd kayu). Oleh itu, cadangan terjemahan ialah Majlis Perkayuan Malaysia atau Majlis Kayu Malaysia, bergantung pada konsep yang dimaksudkan.    

Istilah24.10.2011
Bagaimanakah penggunaan perkataan/ ayat yang betul untuk menyatakan penggunaan lebihan kayu yang telah digunapakai kepada sesuatu produk bernilai tambah seperti: 'Penggunaan sisa kayu terpakai' @ 'Penggunaan habuk kayu terpakai' @ 'Penggunaan sisa kayu' @ apakah pengunaan perkataan /ayat yang lebih sesuai untuk digunakan?Penggunaan perkataan yang betul bergantung pada jenis dan bentuk bahan yg digunakan dalam penghasilan sesuatu produk tersebut. Kami mencadangkan perkataan yang sesuai ialah penggunaan sisa kayu, habuk kayu dan serpihan kayu.Istilah23.09.2021
penggunaan kata TONGKOL a) dua tongkol jagung - ini penggunaan untuk penjodoh bilangan b) dua tongkol kayu Penggunaan pada (b) itu adakah membawa maksud untuk penjodoh bilangan atau bermaksud untuk bentuk kayu itu? (bentuk - kayu yang telah dikerat-kerat)Perkataan "tongkol" boleh berfungsi sebagai penjodoh bilangan dan juga sebagai kata nama yang bermaksud sepotong kayu yang agak besar atau disebut bongkah. Penggunaan "tongkol" dalam ayat (b) bermaksud bongkah kayu, bukan penjodoh bilangan. Penjodoh bilangan yang lazim digunakan untuk kayu ialah "batang".Tatabahasa06.06.2023
Yang manakah betul? (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Sudah tentu kedua-dua ayat di atas ialah ayat pasif. Boleh tak tuan tunjukkan ayat aktifnya?(a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal. (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal. Kedua-dua ayat tersebut betul dan kedua-dua bentuk ayat pasif ini telah menggugurkan pelaku, sepatutnya ayat tersebut menjadi; (a) Meja itu diperbuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). (b) Meja itu dibuat daripada kayu cengal (oleh Ahmad). Penguguran ini dibenarkan untuk ayat pasif diri ketiga. Berdasarkan bentuk asal ayat tersebut, ayat aktifnya menjadi; (a) Ahmad membuat meja itu daripada kayu cengal.Tatabahasa13.05.2009
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya: Meja ini diperbuat daripada kayu. Meja ini buatan kayu. Adakah perkataan buatan boleh menggantikan “diperbuat daripada”? Jika tidak boleh, apakah ayat lain yang sinonim?Ayat yang betul, Meja ini diperbuat daripada kayu. Kata buatan tidak boleh digunakan kerana buatan bermaksud sesuatu yang telah dibuat atau dikerjakan, apa-apa yang dibuat atau dikerjakan, cara membuat dan sesuatu yang  dibuat oleh manusia.Lain-lain25.01.2019
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu".Tatabahasa27.04.2022
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?

Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu"

Tatabahasa12.05.2022
Salam Sejahtera, adakah ayat berikut betul? Permukaan kayu belian licin tetapi kayu ini mudah diukir? Terima kasih.

Ayat yang betul ialah "Permukaan kayu belian licin tetapi ia mudah diukir"

Tatabahasa07.03.2022
Saudara telah membelah kayu itu. Ayat pasif yang manakah betul dan gramtis? (a) Kayu itu telah dibelah oleh saudara. (b) Kayu itu telah saudara belah. [Adakah perkataan-perkataan seperti "saudara","saudari","tuan","puan","encik","cik" merujuk kepada kata ganti nama diri kedua?]Ayat yang betul dan gramatis:

Kayu itu telah saudara belah

Untuk makluman, encik, puan, cik, tuan, saudara dan saudari ialah panggilan kepada seseorang berdasarkan jantina, status dan situasi majlis. Manakala kata ganti nama diri kedua pula ialah engkau, anda kamu.
Tatabahasa07.11.2015
12345678910...

Kembali ke atas