Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
kayuwoodStruktur keras pada bahagian pokok yang digunakan untuk membuat kertas, perabot, arang dan lain-lain.Menengah Rendah
kayu uji bernyalaburning wooden splinterKayu uji yang mengeluarkan cahaya terang dengan nyalaan api. Lihat RajahMenengah Rendah
kayu uji berbaraglowing wooden splinterKayu uji yang mengeluarkan cahaya terang yang mantap tanpa nyalaan api. Lihat RajahMenengah Rendah
tepung ubi kayutapioca flourSerbuk putih halus yang diperoleh daripada kisaran ubi kayu.Sekolah Rendah
arangcharcoalBahan daripada kayu yang diproses menjadi bahan bakar berwarna hitam, keras dan rapuh. Lihat RajahSekolah Rendah
tumbuhan herbaherbaceous plantTumbuhan yang mempunyai kayu yang sangat sedikit atau tiada langsung.Menengah Rendah
topang ketiakcrutchesAlat yang diperbuat daripada kayu atau besi yang diletakkan di bawah ketiak bagi membantu seseorang yang cacat atau cedera pada kakinya untuk berjalan.Menengah Rendah
arangcharcoalBahan hitam yang biasanya terhasil daripada kayu yang terbakar, yang digunakan sebagai bahan api. Bahan ini tergolong dalam kumpulan karbon amorfus.Menengah Rendah
trolitrolleyBlok kecil beroda daripada aluminium atau kayu yang digunakan dalam uji kaji fizik untuk mengkaji ciri gerakan sesuatu objek dan menjelaskan konsep momentum. Lihat RajahMenengah Atas
batang berkayuwoody stemBatang tumbuhan yang mempunyai serat kayu yang keras. Lihat RajahSekolah Rendah
12

Kembali ke atas