Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ka.yu] | کايو

Definisi : 1 bahagian pokok yg keras yg digunakan utk membuat berbagai-bagai alat (perkakas rumah dll): ~ pohon getah tidak sekeras ~ pohon jati. 2 kata utk menyatakan nama beberapa jenis kayu: ~ ara; ~ jati. 3 yg dibuat drpd kayu: kerusi ~; rumah ~. ~ api kayu yg dibakar sbg bahan api. ~ balak batang kayu yg telah dipotong dahannya atau cabangnya. ~ bedik ist alat yg digunakan utk mengawal pergerakan kursor dgn menggerakkan rod yg dihubungkan pd komputer. ~ belantan gada (pemukul) yg dibuat drpd kayu. ~ gubal ist bahagian luar kayu pokok yg mengandungi sel-sel hidup dan bahan simpanan, spt kanji. ~ lapis kayu tipis yg berlapis dan berkeping-keping (utk dibuat almari dll). ~ manis nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). ~ pelontang kayu yg dpt mengapung atau timbul (kerana ringan), yg diikat pd tali kail. ~ pembaris kayu yg lurus dan bersenggat-senggat dgn ukuran (digunakan utk membuat garis lurus atau utk mengukur jarak). ~ putih nama sj tumbuh-tumbuhan yg drnya diperoleh minyak utk dibuat ubat, Eucalyptus spp.. ~ uji kayu yg runcing atau agak tajam hujungnya dan digunakan di dlm makmal utk menguji sesuatu gas (spt oksigen). kayu-kayuan, kayu-kayan berbagai-bagai jenis kayu; serba jenis kayu. berkayu 1 ada kayunya; berteras. 2 mencari kayu di hutan: pergi ~ pergi mencari kayu di hutan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[ka.yu] | کايو

Definisi : satuan ukuran kain yg panjangnya 18.288 meter atau 20 ela. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kayu

Puisi
 

Kayu jelutung kayu di rimba,
     Mati bertimpa kayu kelat;
Sudah untung kita berdua,
     Umpama ikan dalam belat.


Lihat selanjutnya...(147)
Peribahasa

Kayu mati berpunggur,
     manusia mati biar bernama.

Bermaksud :

Hidup manusia hendaklah meninggalkan jasa yang baik.

 

Lihat selanjutnya...(79)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fascineberkas kayuKejuruteraanTiadaKayu-kayu yang ditanam sebagai asas pembinaan di kawasan tanah rendah atau sebagai dinding pada pantai dan tebing sungai untuk mengelak hakisan atau untuk menghimpun pasir dan lumpur di dasar sungai di kuala sungai.
shortskayu-kayu pendekPerhutananTiadaTiada
improved woodkayu baikan; kayu diperawet; kayu diperteguhPerhutananTiadaTiada
loggingpembalakan; pengeloganGeografiTiada1. Pembalakan: Proses penebangan dan pemotongan pokok kayu kepada bentuk-bentuk balak serta mengangkut kayu-kayu balak ke kilang-kilang papan.
secondary xylemxilem sekunderPerhutananTiadaXilem yang terbentuk oleh kambium vaskular semasa pertumbuhan sekunder. Sinonim: kayu, kayu sekunder.
gaboongabunGeografiTiadaSejenis kayu tropika kayu berbutir halus seperti kayu mahogani.
early woodkayu awalPerhutananTiadaBahagian kayu dalam gelang pertumbuhan yang mempunyai sel yang lebih besar, kurang tumpat dan berbentuk terdahulu daripada kayu akhir pada awal musim pertumbuhan. Kekuatan mekanisma kayu awal lebih rendah daripada yang terdapat pada kayu akhir. Kayu awal terdapat pada spesies yang tumbuh di kawasan yang mengalami perubahan musim.
dowelpasak kayu bulatKesenianTiada1. Kayu kecil berbentuk bulat yang digunakan sebagai pengikat pada dua bahagian kayu.,2. Kayu panjang berbentuk bulat yang digunakan dalam pembuatan perabot.
breastbuah dada;kayu desa (PEM.MAN)SosiologiTiada1. Kayu desa: Kayu segi empat yang melintang pada alat tenun, yang salah satu bahagian mukanya berlurah dan berkelar, untuk mengangkut punca kain.
petrified woodkayu batu; kayu kejurGeologiTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas