Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kulit drpd sj pokok yg manis­manis pedas rasanya (digunakan dlm ma­sakan); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok yg kulitnya manis), Cinnamomum zeylanicum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : nama sj pohon yg kulitnya berasa manis-manis pedas, Cinnamomum zeylanicum (iners). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
manis (adjektif)
1. Dalam konteks rasa
bersinonim dengan enak, sedap, lazat, nikmat, legit,
Berantonim dengan tawar

2. Bersinonim dengan menarik: menawan

3. Bersinonim dengan cantik: elok, molek, mongel, ayu, lawa, jelita,
Berantonim dengan hodoh

4. Bersinonim dengan bersopan: bersantun, bersopan santun, beradab, bertertib, berbudi bahasa, berbudi pekerti, berbahasa, baik, elok, molek,
Berantonim dengan biadab

Kata Terbitan : bermanis-manis, memaniskan, manisan, manis-manisan, kemanisan, pemanis,

Puisi
 

Kapal berlabuh di Tanjung Puri,
     Kapal bermuat si kayu manis;
Bila terpandang cincin di jari,
     Sedih hati lalu menangis.


Lihat selanjutnya...(4)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KAYU MANIS

Kayu manis ialah rempah popular yang

digunakan dalam masakan dan untuk memperasa

gula-gula dan jeruk. Ia diperoleh daripada bahagian

dalam kulit pokok kayu manis.

UMUM 
ALLSPICE

Allspice ialah sejenis rempah berperisa menyamai

gabungan kayu manis, cengkih, dan buah pala.

Allspice kadangkala dinamai lada Jamaica atau

pimento . Ia diperoleh daripada buah beri yang

belum matang daripada pokok pimento.

UMUM 
REMPAH

Rempah ialah nama yang diberi kepada perasa

makanan yang dibuat daripada tumbuhan. Rempah

mempunyai rasa dan bau yang kuat. Sesetengah

rempah dinilai kerana rasanya, dan yang lain

kerana baunya. Manusia di seluruh dunia

menambah rasa makanan dengan rempah. Rempah

biasa termasuk lada hitam, buah pala, cengkih,

halia, allspice, mace, mustard, dan kayu manis.

UMUM 

Kembali ke atas