Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) kayu utk meng­ukur panjang dll sesuatu; b) ki ukuran atau standard yg digunakan utk membuat perban­dingan atau penilaian: ~ ukur utk mengetahui yg mana baik dan yg mana tidak baik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ukur (kata nama)
Bersinonim dengan sukat, takar;,
Kata Terbitan : seukur, mengukur, ukuran, pengukur,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
benchmarkkayu ukurUmumTiadaTiada
girth stickkayu ukur lilitSukanTiadaTiada
girth stickkayu ukur lilitKejuruteraanTiadaTiada
judicial criticismkritikan kehakimanKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang menggunakan kayu ukur tertentu untuk menghayati sesebuah karya sastera. Antara elemen penting yang dinilai termasuklah isi, jalan cerita, organisasi dan gaya dalam karya tersebut. Contohnya pengkritik Neoklasikal pada abad ke-18 seperti Samuel Johnson menerapkan bentuk kritikan ini dalam menghayati karya zaman mereka. Piawaian yang digunakan diambil daripada warisan Yunani dan Rom.
canonkanunKesusasteraanPuisiSatu bentuk puisi yang agung. Ukuran keagungannya bukan terpancar hanya pada isi tetapi juga teknik pengucapan pemikiran. Istilah ini berasal daripada kata Yunani Kanoon yang bermakna kayu ukur, contoh, norma, daftar dan hukum.
humanismhumanismeKesusasteraanTiadaFahaman yang mengagungkan status dan sifat-sifat manusia. Istilah �humanis� pada asalnya merujuk kepada sarjana ilmu kemanusiaan pada Zaman Pembaharuan (Renaissance) pada abad ke-16. Secara khususnya, hurmanis merujuk kepada cendekiawan Eropah yang mengkaji kebangkitan semula budaya dan sastera Yunani dan Rumawi. Tumpuan mereka adalah pada karya klasik yang dihasilkan oleh penyair, dramatis dan ahli falsafah seperti Cicero, Aristotle dan Plato. Hasil daripada kajian itu, timbul fahaman baharu tentang manusia yang berbeza daripada pandangan Kristian yang lebih dominan. Fahaman ini cenderung mengagungkan sifat-sifat manusia, khususnya kebolehan menaakul. Bentuk humanisme yang ekstrem menganggap manusia sebagai kayu ukur bagi segala kewujudan yang lain. Umumnya, humanisme menyedarkan manusia tentang kuasa dan bakat mereka yang berpeontesi menjadikannya lebih beradab. Pada zaman yang kemudian, wujud humanisme Kristian seperti yang terpancar dalam penulisan Sidney, Bacon, Spenser dan Milton. Humanisme ini lebih memberatkan keunggulan nilai dan pengalaman manusia serta mengutamakan kesempurnaan kehidupan duniawi. Sikap humanisme ini bertentangan dengan sikap Kristian Zaman Pertengahan yang melihat manusia sebagai orang yang berdosa dan terkutuk, justeru mereka mengharapkan penyelamatan daripada juruselamat. Dominasi sains dan industri pada abad ke-19 mendorong ramai pengarang, terutamanya Matthew Arnold mementingkan nilai-nilai humanis dalam usaha untuk mewujudkan pendidikan yang seimbang. Humanisme Baharu Amerika pada tahun 1920-an dan 1930-an juga menegaskan tuntutan yang sama terhadap nilai humanis tersebut. Dengan idealisme tentang manusia yang seimbang, golongan ini menentang dakwaan sains. Humanisme jenis ini amat berpengaruh dalam sastera dan budaya Anglo-Amerika. Idea pusatnya adalah mengenai individu yang utuh dan bebas sepenuhnya sebagai penentu nasibnya sendiri. Pemikiran humanisme tentang keagungan manusia umumnya kini dicabar oleh pendirian pascastrukturalisme. Golongan pascastrukturalis lebih cenderung menggantikan konsep keutuhan dan kebesaran manusia dengan idea �subjek� yang dicirikan oleh fragmentasi dan ketidakutuhan. Sebagai �subjek�, manusia bukan lagi penentu nasibnya sendiri.
boundary marktanda sempadanUndang-undangTiadaSebarang tanda termasuk mana-mana batu ukur, pancang, tiang besi, kayu, konkrit, atau tanda-tanda ukur lain.
plane tablemeja ukurArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang digunakan dalam kerja mengukur dan membuat peta. Alat ini merupakan sebuah meja melukis yang digunakan bersama alidad dan diluruskan dengan aras cecair yang terdapat pada alidad. Meja ini diletakkan di atas kaki tiga yang boleh dilaraskan sesuai dengan keadaan permukaan tanah. Meja ukur biasanya diperbuat daripada kayu. Antara kegunaannya adalah untuk melukis peta, artifak, struktur monumen dan pelan tapak.
tripodtripodArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAlat yang mempunyai tiga kaki yang diperbuat daripada kayu atau besi. Teodolit, meja ukur dan kamera diletakkan di atas tripod ini yang digunakan semasa membuat survei, melukis peta, membuat pelan dan mengambil gambar. Setiap kaki alat ini boleh diturunnaikkan untuk disesuaikan dengan keadaan tanah. Sinonim trikaki.
Clonal characteristicsCiri klonPertanianAgronomi

Sifat yang dapat membezakan antara klon sesuatu tanaman. Contohnya bagi tanaman getah, ciri klon termasuk ukur lilit batang, ketebalan kulit, ketinggian batang dan bilangan dahan. Terdapat klon getah yang sesuai dijadikan kayu getah untuk perabot dan klon yang tinggi hasil getah tetapi tidak sesuai untuk produk kayu.


Kembali ke atas