Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sekaliannya: ~ memuji dia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke­semuanya


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chevron markkesan pucuk rebungGeologiTiadaDeretan lekukan seperti pucuk rebung, dengan hujungnya biasanya menunjuk ke hilir tetapi tidak semuanya menunjuk ke arah tersebut.
cloud-to-ground dischargeluahan awan ke-bumiSainsHidrometeorologiLuahan kilat yang terjadi di antara pusat cas (selalunya negatif) di dalam awan dengan pusat yang berlawanan di bumi. Luahan awan ke bumi selalunya merupakan kilat gabungan, iaitu ia terdiri daripada beberapa panah kilat yang nyata, semuanya menggunakan saluran yang hampir sama dan satu per satu pada sela beberapa per seratus saat.
cloud-to-ground dischargenyahcas awan ke bumiMeteorologiMeteorologi PerhubunganNyahcas kilat yang terjadi di antara pusat cas (selalunya negatif) di dalam awan dengan pusat cas yang berlawanan di bumi. Nyahcas awan ke bumi selalunya merupakan kilat gabungan, iaitu terdiri daripada beberapa panahan kilat yang nyata, semuanya pada saluran yang hampir sama dan berlaku satu demi satu pada sela per beberapa ratus saat.
ecritureecritureKesusasteraanTiadaPenulisan yang diberikan keutamaan berbanding dengan pengucapan. Sesuatu bentuk penulisan sama ada wacana, konteks sosial, politik dan linguistik semuanya membentuk makna. Dalam kesusasteraan, penulisan mempunyai empat makna seperti yang berikut: (a) penulisan sebagai gaya yang membentuk pandangan hidup dan bukan sesuatu yang neutral (b) penulisan sebagai aktiviti yang merujuk ke dalam diri, dan tidak di luar diri (c) penulisan sebagai difference, iaitu sesuatu yang maknanya sentiasa tertangguh dan berbeza (d) penulisan sebagai ecriture feminine, iaitu penulisan khusus tentang wanita yang bersifat gender. Ecriture berasal daripada perkataan Perancis bererti �penulisan� tetapi pengkritik sastera kurang gemar menggunakan perkataan ini kerana mereka berasa maksudnya kurang tepat.
fatty acid oxidationpengoksidaan asid lemakVeterinarTiadaLaluan metabolik yang melibatkan asid lemak dimetabolismekan untuk menghasilkan tenaga. Proses ini berjalan berterusan tetapi tidak menjadi sumber tenaga utama haiwan sehinggalah sumber karbohidrat kehabisan, seperti dalam keadaan kebuluran. Pengoksidaan ini berlaku dalam mitokondria. Satu siri tindak balas memecahkan atom karbon pada satu-satu masa daripada rantai hidrokarbon yang panjang. Pecahan dua-karbon bergabung dengan koenzim A untuk menjadi asetil koenzim A yang masuk ke dalam kitaran Krebs. Penghasilan asetil koenzim A berlaku berulang-ulang sehingga rantai hidrokarbon dipecahkan semuanya.

Kembali ke atas