Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke

Puisi
 

Nyiur manis condong ke Keling,
     Sudah ke Keling ke Jawa pula;
Hitam manis duduk mengoleng,
     Sudah mengoleng ketawa pula.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Belut pulang ke lumpur.

Bermaksud :

Kembali ke asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Misai pulang ke bibir). Bandingkan dengan: Belut jatuh ke lumpur).

 

Lihat selanjutnya...(314)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1) pada waktu pagi atau pada pagi? Sebab apa? Cth ayat: Suasana amat tenang pada pagi / pada waktu pagi yang berbahagia ini. 2) Apakah perbezaan antara ke dengan ke dalam? Cth: masuk ke dalam dewan atau masuk ke dewan? 3) Adakah dari semasa ke semasa mempunyai maksud yang sama dengan dari masa ke masa? 4) ke arah utara/selatan/timur/barat atau ke utara/selatan/timur/barat? Ribuan Terima Kasih !1. Penggunaan frasa “pada waktu pagi” dan “pada pagi” dalam contoh ayat yang diberikan, betul kerana kata sendi nama “pada” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat.
2. Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan digunakan juga di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan waktu atau masa. Manakala “ke dalam”  merupakan frasa sendi nama untuk menunjukkan konsep ruang. Ayat yang betul ialah “Masuk ke dalam dewan”.
3. “Dari semasa ke semasa” membawa maksud yang sama dengan “dari masa ke masa”.
4. Frasa yang betul ialah ke arah utara, ke arah selatan, ke arah timur dan ke arah barat.
Tatabahasa23.01.2022
Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial.Ayat  yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial.Tatabahasa03.11.2021
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Salam sejahtera, kata sendi mana yg betul? "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba di sekolah" atau "Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah?" Sekian, terima kasih.Penggunaan perkataan yang bermaksud "menuju ke arah sesuatu tempat" perlu ada kata sendi nama ke, seperti ke dewan, ke hutan, ke dalam dan sebagainya. Berdasarkan ketetapan ini, kata sendi nama yang sesuai ialah "ke". Hamid tahu dia mungkin akan lambat tiba ke sekolah.Lain-lain16.12.2019
Masuk ke dalam van. Naik ke dalam van. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Masuk ke dalam van."  Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga, halaman 256 untuk mendapatkan keterangan lanjut.Tatabahasa31.01.2024
Saya dan ayah pergi ke kedai dengan bersama. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Saya dan ayah pergi ke kedai" atau "Saya pergi ke kedai bersama ayah" atau "Saya pergi ke kedai dengan ayah".
Tatabahasa28.01.2024
cara yang betul untuk menulis Jadual ke 13 adakah - Jadual Ketiga belas atau Jadual Ke Tiga Belas atau Jadual Ke-TigabelasDalam penulisan teks, nombor satu hingga sembilan dieja penuh. Manakala nombor 10 ke atas hendaklah ditulis nombor. Frasa yang betul ialah Jadual ke-13. Lain-lain05.11.2020
bercuti ke / bercuti di dalam konteks berlainan. (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (b) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. (c) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak. (d) Pada minggu akan datang, keluarga Ali telah bercuti ke Sarawak. Adakahsemua jawapannya "ke" untuk menunjukkan tempat yang ditujui? (a) dan (b) menunjukkan kejadian yang sudah berlaku. begitu juga dengan "makan angin ke" atau "makan angin di" Harap dapat pencerahan.

Kata sendi nama “ke” digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan juga menunjukkan waktu atau masa.

Kata sendi nama “di” digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat.

Frasa “Pada minggu lepas” menunjukkan waktu yang telah berlalu/telah berlaku manakala frasa “Pada minggu akan datang” menunjukkan waktu yang akan berlaku.

Berdasarkan contoh ayat yang diberikan, ayat (a) Pada minggu lepas, keluarga Ali telah bercuti di Sarawak lebih tepat berbanding ayat (b).

Bagi ayat (c) dan (d), sila pastikan penggunaan kata bantu aspek “telah” sepatutnya yang betul ialah “akan” kerana merujuk frasa “Pada minggu akan datang”. Ayat yang betul ialah Pada minggu akan datang, keluarga Ali akan bercuti ke Sarawak.

Makan angin membawa maksud yang sama dengan bercuti. Oleh yang demikian, konsep penggunaan kata sendi nama  “ke” dan “di” sama seperti contoh ayat yang diberikan.

Lain-lain14.08.2021
Salam sejahtera, Saya tidak pasti pola ayat di bawah: FN + FK 1. (Kami) (melawat ke Melaka.) *melawat ke Melaka -frasa kerja? walaupun terdapat kata sendi nama ke? 2. Tolong semak pola ayat dan ayat dasar yang saya muat naik. Kalau salah tolong beri penjelasan. Sekian, terima kasih.1. Pola ayat tersebut ialah FA + FK. FK kerana kata inti ialah melawat (KK), ke melaka merupakan keterangan.
2. Jenis pola ayat yang diberikan adalah betul kecuali berjumlah merupakan kata kerja. Berjumlah bermaksud mempunyai jumlah.
Tatabahasa02.10.2019
Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga. Ayat ini betul ke?Ayat "Dia termasukkan pemadam ke dalam telinga" salah. Ayat yang betul ialah "Dia memasukkan getah pemadam ke dalam telinga" 
Tatabahasa29.07.2022
12345678910...

Kembali ke atas