Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon pihak tuan menyemak cara penulisan TAJUK/JUDUL berikut (daripada segi huruf besar dan huruf kecilnya bagi perkataan ‘di bawah’, ‘di dalam’ dan ‘ke atas’) 1. Prosiding Kes di Bawah/ di bawah seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah 2. Kedudukan di Dalam/di dalam Mahkamah 3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah ke Atas/ ke atas Pertuduhan Terima kasih :)

Pihak kami tidak mempunyai format standard berkenaan cara penulisan tajuk yang digunakan di mahkamah. Walau bagaimanapun, berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu, kata hubung dan kata sendi nama perlu ditulis dengan huruf kecil. Sehubungan dengan itu, penulisan tajuk buku atau yang seumpama dengannya pada hari ini mengikut pedoman yang telah ditetapkan.

Cara penulisan tajuk yang betul mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu:
1. Prosiding Kes di Bawah Seksyen 173 Kanun Prosedur Jenayah
2. Kedudukan di dalam Mahkamah
3. Prosiding Pendakwaan Kes di Mahkamah: Orang Kena Saman Mengaku Tidak Bersalah Atas

Untuk tajuk nombor 3, penggunaan ke atas kurang tepat kerana konteks ayat yang diberikan tidak menunjukkan pergerakan di/ke atas.

Tatabahasa19.11.2021
1. ke atas 2. Penambaikan1. ke atas 2. penambahbaikanEjaan12.06.2013
Tuan, kata sendi nama "terhadap", "di atas" atau "ke atas" patut digunakan dalam ayat di bawah? 1. (a) Saya menyembur baja terhadap tanah. (b) Saya menyembur baja di atas tanah. (c) Saya menyembur baja ke atas tanah. Tuan, jangan terus salahkan penggunaan kata sendi nama "terhadap", kerana di dalam buku Tatabahasa Dewan, "terhadap" boleh digunakan untuk benda konkrit. "Tanah" ialah sejenis benda konkrit, tetapi "tanah" ialah sejenis tempat", jadi "di atas" dan "ke atas" lebih sesuai pada pandangan saya. Apakah pandangan tuan? Minta sertakan penerangan tuan juga. Terima kasih.Kami berpandangan frasa yang betul ialah "ke atas" dan "di atas". Dalam buku Tatabahasa Dewan, kata arah yang didahului kata sendi nama digunakan apabila menunjukkan hala atau jurusan.Tatabahasa04.12.2014
"terjatuh ke atas lantai" atau "terjatuh di atas lantai"? Ada yang mengatakan bahawa dua frasa itu berbeza muksud:1.Pensel saya terjatuh ke atas lantai. 2 Saya memugut pensel yang terjatuh di atas lantai itu. Adakah pendapat ini betul? sekian terima kasih.Berdasarkan dua ayat contoh tersebut, penggunaan kata sendi nama ke digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai.
Kata sendi nama di pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai.

Sebagai kesimpulannya, penggunaan kata sendi nama ke dalam ayat (1) dan (2) tepat.
Tatabahasa05.05.2014
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin mendapatkan pengesahan akan penggunaan perkataan "atas". "Bank tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa tuntutan, kerugian, denda dll. berkaitan transaksi yang tidak berjaya." "Hanya pindaan berikut terpakai atas akaun ini." Bolehkah saya mendapatkan pencerahan bila perkataan "atas" dan "ke atas" patut digunakan? Terima kasih.

Atas ialah kata arah dan kata arah lazimnya hadir sebelum frasa nama atau sesudah kata sendi nama untuk menunjukkan hala atau jurusan. Penggunaan yang betul ialah atas keizinan/atas kerjasama/atas sumbangan/atas perhatian.  Kata sendi nama 'di' hanya digunakan di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat/ lokasi contohnya '... di atas meja'  dan '... di kampung'.

Penggunaan kata sendi nama "ke" digunakan untuk maksud sesuatu itu bergerak seperti ayat yang berikut: 1. Pensel saya terjatuh ke atas lantai. Kata sendi nama "di"pula digunakan untuk maksud sesuatu itu telah tidak bergerak lagi seperti ayat yang berikut: 2. Saya memungut pensel yang terjatuh di atas lantai. 

Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2018
Antara dua ayat di bawah, yang manakah betul susunan tatabahasanya? Situasinya adalah, satu produk yang baru ingin dipasarkan. 1) Kini, untuk 6 tahun ke atas. 2) Kini, dalam 6 tahun ke atas.Frasa yang lebih tepat ialah "Kini, untuk 6 tahun dan ke atas".Tatabahasa19.09.2012
Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali ke atas komoditi tersebut. Adakah "berikutan" perlu tambah "dengan"?"Ke atas" atau "atas"?Mana satu yg gramatis?1. "berikutan" tidak perlu tambah "dengan"

2. Ayat yang betul ialah "Negara pengeluar beras dunia sedang berhadapan dengan masalah pembekalan berikutan pengeluaran yang paling merosot sekali terhadap komoditi tersebut."
Lain-lain21.08.2021
1.Saya pernah memohon khidmat nasihat tentang penulisan singkatan Yang Berbahagia yang betul. Jawapan yang diberikan ialah YBhg sedangkan dalam kamus dewan dinyatakan sebagai YBhg., begitu juga dengan khidmat nasihat yang pernah diberikan dalam PRPM iaitu YBhg. (ada nokhtah). Oleh itu, saya memohon sekali lagi kepastian cara penulisan ringkas Yang Berbahagia. 2. Penggunaan atas dan ke atas. Bukankah ke atas itu menunjukkan arah ke atas, misalnya 18 tahun ke atas. Frasa mana yang betul: memberi kesan ke atas masyarakat atau memberi kesan atas masyarakat atau memberi kesan kepada masyarakat Sekian, terima ksih

1. Merujuk satu sumber sahaja, iaitu Kamus Dewan, ejaan yang digunakan ialah YBhg.. Walau bagaimanapun Kedua-dua bentuk ejaan YBhg dan YBhg. terakam dalam pelbagai karya penulisan. Hal ini mungkin dikaitkan dengan tujuan dan jenis penulisan/penerbitan tersebut.

2. Ungkapan yang betul ialah 'memberi kesan kepada/terhadap masyarakat'.

Tatabahasa07.03.2011
soalan 1.Penggunaan tanda baca ( , koma ) selepas kata 'dan'..adakah perlu atau sebaliknya, harap dapat penjelasan. 2.Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. 3.Semoga Allah mencucurkan rahmat ke atas rohnya. Ayat 3 yang tepat. Harap dapat penjelasan penggunaan kata 'mencucuri' dengan 'mencucurkan' dalam ayat. 4. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan. 5. Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi. Ayat 5 yang tepat. Harap dapat penjelasan. 6. oleh kerana itu dan oleh sebab itu..apa perbezaannya. terima kasih.1. Tanda koma tidak perlu diletakkan sebelum atau selepas kata "dan" kecuali apabila menyenaraikan perkara yang berlainan kategori boleh diletakkan koma sebelum dan seperti Ali ke kedai membeli ikan, sotong, dan pisau.
2&3. Kedua-dua ayat itu betul kerana mencucuri dan mencucurkan bermaksud melimpahkan rahmat dan sebagainya ke atas atau pada seseorang.
4&5. Ungkapan yang betul ialah "sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangi" kerana kata kerja aktif transitif ini mesti diikuti objek selepasnya, iaitu "menyembahyangi kamu" dan dalam bentuk pasif "...kamu disembayhangi".
6. Ungkapan yang betul ialah oleh sebab. "Oleh" ialah kata sendi nama yang mesti diikuti oleh kata nama atau frasa nama, sedangkan kerana bukan kata nama tetapi kata hubung keterangan. Penggunaan oleh yang diikuti dengan kerana dalam ungkapan "oleh kerana" untuk menunjukkan hubungan yang membawa maksud sebab merupakan penggunaan yang salah. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 284.
Tatabahasa04.01.2013
Salam sejahtera Tuan/Puan, Sila mengesahkan ayat manakah yang gramatis: 1) Misalnya apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 2) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. 3) Apabila kita mengukur berat sesuatu objek, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti ke atas objek tersebut. Sekian, terima kasih. CKAyat yang gramatis ialah: Apabila kita mengukur berat sesuatu objek misalnya, kita sebenarnya mengukur magnitud daya graviti objek tersebut.Tatabahasa11.01.2012
12345678910...

Kembali ke atas