Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke atas 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
atas1. (pd) tempat atau paras dsb yg lebih tinggi, lwn bawah: dr ~ bukit itu nampak laut; tingkat ~; bibir ~; 2. pihak yg berkuasa: perintah drpd ~; 3. kerana, dengan: dia mele­tak­kan jawatan itu bukan ~ kemahuannya; 4. mengenai, tentang, akan, berkaitan dgn, terhadap: beliau puas hati ~ kemajuan yg telah dicapai; tidak mengaku salah ~ tuduh­an yg dimajukan; 5. berdasarkan, berasaskan: keputusan itu dibuat ~ beberapa pertim­bangan; ~ soal-soal yg dibincangkan oleh pengarang, dapat saya mengatakan bahawa novelnya merupakan propaganda politik; 6. mengikut, menurut, berdasarkan: maka dikahwinkan anak Raja Kida Hindi dgn Raja Iskandar ~ syariat Nabi Ibrahim; ~ angin = negeri ~ angin negeri-negeri yg dipandang sbg asal angin (spt India, Iran, Arab, dan juga Eropah); ~ sungai hulu sungai;di atas 1. pd bahagian atas, di sebelah atas (bukan di bawah): letakkan bungkusan itu ~ meja; suatu kesimpulan boleh dibuat ber­dasarkan huraian yg diberikan ~; 2. lebih tinggi drpd: ~ harga itu, tidak sanggup saya membelinya;ke atas 1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;beratas-atasan = atas-mengatasi;mengatas 1. naik ke atas: debu ~; 2. me­ninggi (diri): bukan main lagaknya, bercakap hendak ~ saja; 3. Id meminta pertimbangan (keterangan dll) drpd orang yg lebih tinggi; atas-mengatas selalu hendak ke atas;mengatasi 1. melebihi, mengalahkan: di­ca­ri­kan akal bagaimana ~ lawannya dlm per­temuan itu; 2. menyelesaikan atau me­ngua­sai (masalah, kesulitan), menghapus­kan (kelemahan, kemiskinan, dll);atas-mengatasi saling hendak melebihi, berlumba-lumba tinggi: di sekolah kami, murid-murid saling ~;mengataskan melebihkan, meninggikan: ia selalu ~ negerinya;teratas terletak (berada dll) di atas sekali; atasan (orang, golongan, pihak) yg lebih tinggi (pangkatnya, kedudukannya, dll): hal ini harus diselesaikan oleh pegawai ~nya;pengatasan perihal mengatasi atau meng­atas­kan;pengatas (Mat) nombor atas pecahan yg menunjukkan berapa bahagian pecahan yg ada: dlm pecahan , nombor 6 disebut ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
unjuk; mengunjuk mengangkat serta menghulurkan tangan ke atas, ke hadapan dsb. mengunjukkan 1 menghulurkan (tangan) ke atas, ke hadapan ataupun kpd; menganjurkan: Masing-masing ~ tangan utk bersalam dgn pembesar itu. 2 memberikan sesuatu dgn tangan terhulur: Ia ~ buku itu kpd adiknya. pengunjukan perbuatan atau hal mengunjukkan; pemberian dgn tangan terhulur.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tunggang Iterbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ke atas1. ke bahagian (tingkat, tempat, dsb) atas, ke sebelah atas: angkat peti ini ~ meja; dia baru naik ~, ke tingkat lima; 2. (dan) lebih (drpd sesuatu paras, jumlah, dsb), dan tinggi drpd itu: gaji seribu ~;Kamus Dewan Edisi Keempat
kibas I; mengibas, mengibas-ngibas 1. bergerak-gerak ke atas ke bawah spt melambai atau mengipas; 2. menyebat (meja dll) dgn kain dll (utk menghilangkan debu dll), mengebas: dia ~ bangku itu dgn sapu tangan sebelum mendudukinya; mengibaskan, mengibas-ngibaskan menggerakkan (sayap dll) ke atas ke bawah spt melambai-lambai: seekor ayam jantan me-ngibas-ngibaskan kepaknya dan berkokok dgn nyaringnya; 2. mengibar-ngibarkan dgn keras (kain dll), mengebas: kain-kain hendaklah dikibaskan utk menghilangkan debu yg melekat padanya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kirap I; mengirap 1. mengibar-ngibarkan (mengibas-ngibaskan, mengepak-ngepakkan) sayap; 2. menggerak-gerakkan perisai ke atas ke bawah, menangkis-nangkis dgn perisai: dikirapnya perisai menyalahkan parang pendekar itu; mengirapkan 1. mengibaskan, mengepak­kan (sayap), mengiraikan (kain dll); 2. meng­gerak-gerakkan ke atas ke bawah dsb (perisai, penangkis, dsb), mengayunkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyusup1. menyorok ke bawah, merayap-rayap di bawah sesuatu: mereka bergilir-gilir membongkok ~ di antara dua dawai pagar berduri itu; diparang ke bawah melompat ke atas, diparang ke atas ~ ke bawah; 2. masuk ke dlm (semak samun, belukar, hutan, orang ramai, dll), merempuh ke dlm: ia cuba ~ di celah-celah orang ramai yg berpusu­-pusu di kaki lima; 3. meresap masuk (sampai ke dalam), menyerap: dingin malam ~ sampai ke tulang; 4. masuk dgn bersembunyi­-sembunyi atau diam-diam (dlm kalangan musuh dll), menyeludup masuk: ia ~ sampai ke dlm pertahanan musuh;Kamus Dewan Edisi Keempat
bergegar1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menonggeng1. membongkok dgn kepala ke bawah dan punggung ke atas; 2. tenggelam dgn buritan ke atas (perahu, dll) atau bahagian depan ke bawah dan bahagian belakang ke atas; 3. menjunam (kapal terbang dll); 4. tertiarap (gelas dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
gegar; bergegar 1 bergerak ke atas ke bawah atau ke depan ke belakang dgn cepat dan kuat; bergoncang: Ketika gempa yg hebat itu berlaku, rumah saya ~ juga. 2 bergemuruh dan bergetar: Bunyi tembakan meriam itu ~ jauh-jauh. menggegarkan menyebabkan menjadi bergegar, menggoncangkan: Letupan bom di kawasan itu telah ~ rumah-rumah di sekitarnya. gegaran hal bergegar; goncangan: Sepuluh buah rumah di tebing sungai itu terjejas oleh ~ gempa bumi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas