Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke bawah

Puisi
 

Berebab orang atas lepau,
     Turun ke bawah berbiola;
Kan bercampur sutera dengan akau,
     Berhiba hati benang biola.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Tuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tanda berbaju ada butangnya, Butang beratur atas ke bawah; Tanda bermalu ada pantangnya, Pantang terkebur berkeras lidah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Yang naik ke atas, Yang turun ke bawah; Yang naik bernafas, Yang gerun telapah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Raja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Biarlah orang merendang pedas, Kita merendang berkuah juga; Biarlah orang memandang ke atas, Kita memandang ke bawah juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hendak ke bukit Pulau Markosa, Pulau rebutan Tanah Semenanjung, Kalau hidup tidak berbahasa, Serupa katak di bawah tempurung.Pantun Melayu SarawakNasihat
12

Kembali ke atas