Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke bawah

Puisi
 

Berebab orang atas lepau,
     Turun ke bawah berbiola;
Kan bercampur sutera dengan akau,
     Berhiba hati benang biola.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaTuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai.
Kurik Kundi Merah SagaBerebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola.
Kurik Kundi Merah SagaTidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah.
Kurik Kundi Merah SagaAnak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah.
Kurik Kundi Merah SagaRaja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Kurik Kundi Merah SagaBurung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya.
Kurik Kundi Merah SagaZaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak.
Kurik Kundi Merah SagaMasa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak.
Kurik Kundi Merah SagaAnak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari.
Kurik Kundi Merah SagaDuku dekat pohon melati, Banyaknya di bawah bunga bertabur; Hatiku lekat mungkin ke mati, Rasa jiwa seumpama lebur.
12

Kembali ke atas