Kurik Kundi Merah Saga | Tuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai. |
Kurik Kundi Merah Saga | Berebab orang atas lepau, Turun ke bawah berbiola; Kan bercampur sutera dengan akau, Berhiba hati benang biola. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak bulan seterang ini, Terangnya sampai ke bawah rumah; Tidak baik sekasih ini, Kasih akan bercerai sudah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak lembu ditambat orang, Makan padi dalam sawah; Bawa ilmu padi di ladang, Tambah berisi tunduk ke bawah. |
Kurik Kundi Merah Saga | Raja Zubaidah berjalan ke padang, Lalu berjalan ke bawah bukit; Lain dahulu dari sekarang, Jauh beza bukan sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. |
Kurik Kundi Merah Saga | Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak itik bawah rumah, Main budak cepat berlari; Oh encik orang di rumah, Terima tidak saya ke mari. |
Kurik Kundi Merah Saga | Duku dekat pohon melati, Banyaknya di bawah bunga bertabur; Hatiku lekat mungkin ke mati, Rasa jiwa seumpama lebur. |