Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke bawah

Puisi
 

Berebab orang atas lepau,
     Turun ke bawah berbiola;
Kan bercampur sutera dengan akau,
     Berhiba hati benang biola.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kadam IAr tapak kaki; ke bawah ~ ke bawah duli.Kamus Dewan Edisi Keempat
cerpusj lapik kaki (spt terompah) yg dibuat drpd kulit; ke bawah ~ ke bawah duli.Kamus Dewan Edisi Keempat
terajangtendangan ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki. menerajang me­nendang ke bawah, ke depan dll dgn tapak kaki: Dia ~ perompak itu dgn kaki kanannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bercucuranmengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai;Kamus Dewan Edisi Keempat
cucur Ialiran (pancaran) ke bawah (air dll): tanah yg dibelinya dgn harta ~ peluhnya sendiri; bercucuran mengalir ke bawah, memancur ke bawah, berpancaran ke bawah: seraya ia menangis ~ air matanya bagai manik diurai; mencucuri 1. menuang air dsb pd, menyi­rami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; mencucurkan 1. mengalirkan turun, me­mancarkan, memancurkan; ~ air mata me­nangis; 2. memberikan (mengurniakan dsb) banyak-banyak, melimpahkan: semoga Allah sentiasa ~ rahmat-Nya ke atas roh kedua-dua orang tua kami yg sangat dikasihi; cucuran aliran ke bawah, pancaran, pan­curan; ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh; ~ harta pembahagian harta kpd waris (kewarisan harta).Kamus Dewan Edisi Keempat
jungkir= jungkir balik; menjungkir, terjungkir terbalik (dgn ke­pala ke bawah); menjungkir, terjungkir terbalik (dgn ke­pala ke bawah); menjungkirkan menterbalikkan (dgn kepala ke bawah). menjungkirkan menterbalikkan (dgn kepala ke bawah).Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggang Iterbalik, spt kepala ke bawah dan kaki ke atas (bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas); terjungkir. ~-tunggit a. tidak rata (ttg permukaan jalan dll); lekuk-lekak. b. (dlm keadaan) bergerak turun naik spt orang berjalan. c. terumbang-ambing spt perahu dimainkan gelombang dll. d. tunduk dan tegak semula spt orang bersembahyang. menunggangkan 1 membalikkan (botol, mangkuk dll) supaya tumpah isinya; menonggengkan. 2 membalikkan supaya kepala ke bawah dan kaki ke atas atau bahagian atas ke bawah dan bahagian bawah ke atas; menjungkirkan. tertunggang1 terbalik (yg di atas ke bawah dan yg di bawah ke atas); terjungkir. 2 tercurah isinya dr bekas atau dr tempatnya. bersetunggang berputar balik (ke­pala ke bawah dan kaki ke atas); berjungkir.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucur Ialiran atau pancaran ke bawah (ttg air dll). ~ atap hujung atap tempat air hujan jatuh. bercucuran mengalir ke bawah; berpancaran ke bawah: Seraya ia menangis, air matanya ~ bagai manik terurai. mencucuri 1 menuang (air dsb) pd atau di; mencurahi; menyi­rami; menjirus: ~ kubur dgn air mawar. 2 bercucuran di: Minyak itu tumpah ~ seluruh lantai. 3 ki mengurniai atau melimpahi: Moga-moga Tuhan ~ roh dgn rahmat. mencucurkan 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. cucuran, = ~ atap cucur atap.Kamus Pelajar Edisi Kedua
landung Ipanjang ke bawah (tali, seluar, dll), labuh; melandung 1. memanjang ke bawah, me­labuh; 2. kendur, tidak tegang (tali yg teren­tang); melandungkan 1. memanjangkan ke bawah, melabuhkan; 2. mengendurkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
enap; mengenap turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendap. mengenapkan membiarkan sesuatu turun ke bawah dan berlonggok di dasar; mengendapkan. enapan benda yg bercampur dgn air dll dan turun ke bawah serta berlonggok di dasar; endapan. ~ elektrolitik ist enapan yg terjadi semasa elektrolisis. pengenapan perbuatan, proses dsb mengenap atau mengenapkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas