Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : 1. ke tempat yg lebih rendah; 2. ke paras (peringkat dsb) yg lebih rendah; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ba.wah] | کباوه

Definisi : ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke bawah

Puisi
 

Berebab orang atas lepau,
     Turun ke bawah berbiola;
Kan bercampur sutera dengan akau,
     Berhiba hati benang biola.


Lihat selanjutnya...(15)
Peribahasa

Biar menyelodok ke bawah rumah,
     asal mendapat telur ayam.

Bermaksud :

Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang.Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam.Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kepala ke bawah, kaki ke atas.Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai.Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah.Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Tong kosong berbunyi nyaring).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tohok tunggang ke baruh (= ke bawah).Orang yang berkuasa mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang.Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Melentur dahan dek meluyut buahnya.Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah.Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan.Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12

Kembali ke atas