Seperti pucuk ru, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah dilarik (= digerek) kumbang. | Kedudukan (keadaan) yang tidak terjamin, sebentar-sebentar dapat berubah. (Bandingkan dengan: Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Biar menyelodok ke bawah rumah, asal mendapat telur ayam. | Biar mengerjakan pekerjaan yang kurang baik martabatnya asalkan mendapat rezeki yang halal. menyelodok = merangkak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kepala ke bawah, kaki ke atas. | Bekerja tak berhenti-henti siang dan malam, selalu sibuk. (Peribahasa lain yang sama makna: Kaki naik, kepala turun). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Kain panjang empat, ditarik ke atas ke bawah tak sampai. | Serba tak cukup (miskin). (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai berkain tiga hasta, b. Berselimut kain cukin; ditutup kepala kaki terbuka, ditutup kaki kepala terdedah). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Macam daun terap: bunyinya degah-deguh, degah-deguh jatuh ke bawah. | Orang bodoh yang banyak bualnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar bungkus tak berisi, b. Tong kosong berbunyi nyaring). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tohok tunggang ke baruh (= ke bawah). | Orang yang berkuasa mudah mencelakakan orang yang di bawah perintahnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ke atas tidak berpucuk, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek (= dilarik) kumbang. | Sumpah orang yang bersalah: biarlah dia serta kaumnya binasa semuanya. gerek = berlubang-lubang. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Melentur dahan dek meluyut buahnya. | Kesusahan keluarga yang banyak anaknya. meluyut = melentur ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Adat penuh ke atas, syarak penuh ke bawah. | Adat itu sebutan yang besar, tetapi boleh diperlonggarkan, sedangkan hukum Tuhan tidak boleh diubah-ubah dan orang mesti mematuhinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pandang jauh dilayangkan, pandang dekat ditukikkan. | Menyelidiki sesuatu perkara dengan saksama. tukik = arah ke bawah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |