Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. ke jurusan belakang (surut, mundur, dll): menoleh ~; 2. ke bahagian belakang rumah (ke dapur dll): ia minta diri pergi ~ utk menjemput isterinya; 3. bh buang air besar atau kecil: saya hendak ~ sekejap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke bahagian atau ke arah yg berlawanan dgn depan: Dia pergi ~. Dia menoleh ~ apabila mendengar seseorang memanggilnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke belakang

Puisi
 

Sungai Apu air mengalir,
     Tempat orang menuba ikan;
Adik ke hulu abang ke hilir,
     Sama-sama tolak belakang.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Sedepa jalan ke muka,
     setelempap jalan ke belakang.

Bermaksud :

Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Seperti gajah berpaling.Kepayahan orang yang gemuk berpusing ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedepa jalan ke muka, setelempap jalan ke belakang.Berusaha dengan tekad yang bulat; segala sesuatu selalu difikirkan untung ruginya. setelempap = selebar tapak tangan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terlampau lurus, kurus; terlampau cerdik terkedik.Hendaklah pandai membawa diri dalam pergaulan. kedik = lentuk ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berjalan selangkah menghadap surut, berkata sepatah difikirkan.Hendaklah selalu beingat-ingat dalam melakukan sesuatu pekerjaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjalan peliharakan kaki, berkata peliharakan lidah). menghadap surut = menengok ke belakang.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkokok di luar gelanggang, bila ke tengah menyusup di bawah kelengkang.Bercakap besar di belakang tetapi bila berhadapan mengaku kalah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas