Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
sana (kata tugas)
Bersinonim dengan situ, sanan, nun, jauh, sayup, saujana, senun;,
Kata Terbitan : di sana, ke sana, kesanakan,

Puisi
 

Gayung gendang pecah balai,
     Kusembah mari raja Cendana;
Kamu dendam datang ke mari,
     Kami tak boleh datang ke sana.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Bagai anjing tersepit di pagar.

Bermaksud :

Mendapat kesusahan besar sehingga tak tentu tingkah lakunya, meminta pertolongan ke sana ke mari. (Peribahasa lain yang sama makna: Anjing terpanggang ekor).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud tersusup - sasap?Makna susup-sasap ialah menyorok (masuk) ke sana ke mari.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1555. Makna02.06.2008
saya ingin mengetahui maksud susup-sasap dengan lebih jelasSusup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.Makna20.09.2011
Apakah maksud ayeng, rega dan wedana dalam penggunaan bahasa melayu yang betul?Rega bahasa orang dahulu yang bermaksud harga. Manakala ayeng dan wedana ialah bahasa setempat di Jakarta yang bermaksud pergi ke sana ke mari dan ketua daerah.Tatabahasa05.10.2014
Apakah maksud: 1. Jejantung 2. Jari-jari 3. Kipas-kipas 4. Lelabu 5. Pepijat 6. Susup-sasap1. Perkataan jejantung tiada dalam data kami.
2. Antara tujuan penggandaan kata ialah sebagai penanda kesamaan atau keserupaan. Contohnya: jari-jari  atau jejari , bermaksud rupanya seperti jari. Contohnya: Jejari basikal. Kata jamak bagi jari ialah jari-jari atau jari-jemari yang bermaksud anak-anak jari.
3. Kipas-kipas bermaksud banyak kipas.
4. Labu bermaksud a) sj buyung, bekas air, kendi; b) benda bulat perhiasan puncak masjid dll; c) Id bakul bulat yg digantung pd tiang di pelabuhan (utk menandakan kapal sudah boleh masuk);

5. Pepijat ialah nama sejenis kutu yg busuk baunya; kepinding, Cimex lectularius.

6. Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari.

Penggandaan separa ialah proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Contoh kata ganda separa kata tunggal, laki - lelaki pohon - pepohon, gelang gegelang tikus - tetikus. Namun tidak semua perkataan boleh menjadi kata ganda separa. Ada juga perkataan yang dijadikan kata ganda separa apabila ia dibentuk menjadi istilah. Contohnya rambut - menjadi rerambut. Ada juga yang mengatakan kata ganda separa dibentuk apabila sesuatu benda itu menjadi seolah-olah seperti. Contohnya kuda menjadi kekuda, tikus (mouse dalam istilah komputer) menjadi tetikus.Untuk huraian yang lebih lengkap sila rujuk tatabahasa halaman 77 dan 78.

Tatabahasa20.12.2013
Selamat pagi, tuan. Berkenaan dengan kata kerja transitif dan tak transitif. (2 soalan) 1. merangkak - kata kerja tak transitif? Contoh Ayat(a) : Adik yang berumur 6 bulan sudah pandai merangkak. (b): Dia merangkak di bawah pokok. Adakah kedua-dua ayat penggunaan merangkak adalah betul? 2. bertempiaran - Adakah bertempiaran ialah kata kerja tak transitif? - Dia berlari bertempiaran. salah? kerana berlari : berlari (kata kerja) + bertempiaran(kata kerja) sepatutnya menjadi : lari bertempiaran. Dengan demikian, lari sekarang menjadi kata kerja dan bertempiaran ialah kata adverd. Adakah pemahaman saya ini betul? harap pencerahan. Ribuan terima kasih diucapkan terlebih dahulu.

1. Perkataan “merangkak” merupakan kata kerja tak transitif. Kedua-dua contoh ayat yang diberikan betul.

2. Perkataan “bertempiaran” ialah kata kerja tak transitif. Walau bagaimanapun, contoh ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Mereka bertempiaran apabila dikejar anjing.” Perkataan “berlari” tidak perlu digunakan kerana “bertempiaran” sudah membawa maksud berlari ke sana ke mari dengan tidak tentu arah atau haluan.

Tatabahasa21.04.2022
Salam sejahtera. Apakah perbezaan huru-hara dan haru-biru dari segi penggunaan? Harap dapat keterangan yang jelas. Terima kasih.Haru-biru ialah haru-hara, huru-hara, kacau-bilau, porak-peranda, kekalutan, kerusuhan: kota yang dahulunya sangat tenang telah menjadi haru-biru;

Mengharu-birukan 1. menimbulkan keru­suh­­an (kekacauan dan lain-lain), mengelam-kabutkan, mengacau-bilaukan: rusuhan itu telah mengharu-birukan suasana di bandar itu; 2. menyebabkan sangat gelisah (runsing dan sebagainya): yang sangat mengharu-birukan fikir­annya ialah perceraian anaknya; masalah itu mengharu-birukan fikirannya;
 
keharu-biruan keadaan haru-biru: keharu-biruan yang ber­laku dalam mimpinya itu pasti akan menambah tekanan jiwanya.

Huru-hara ialah  dalam keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yang aman akan huru-hara akibat hasutan daripada anasir-anasir komunis; 2. dalam keadaan kelam-kabut (tidak keruan dan sebagainya): dia bimbang kalau diisytiharkan pada waktu itu, akan huru-haralah tentera yang berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dengan tidak tentu tujuan: janganlah huru-hara ke sana ke mari dengan kawan-kawan pada waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa huru-hara akan berlaku di negeri itu dalam tahun 1990-an;
Tatabahasa08.07.2013
Adakah istilah menyeberang boleh digunakan untuk menyeberang jalan Raya atau untuk sungai sahaja?Perkataan menyeberang menurut Kamus Dewan Ediri Keempat: pergi ke seberang sana (sungai, jalan, dll), melintas (jalan), meng­harung: mari kita naik pelampung terap ini, kita ~ ke seberang sungai itu; 2. ki memihak kpd musuh (lawan dll), membelot: terdapat juga menteri-menteri kerajaan yg ~ ke pihak pembangkang; 

Perkataan menyeberang boleh digunakan untuk jalan raya mahupun sungai.

Terima kasih.
Istilah14.08.2017

Kembali ke atas