Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke mari: ia berlari ke sana dan ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat ini: Tolong bawa tong itu ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke sini

Puisi
 

Ke sini gunung ke sanalah gunung,
     Di tengah gunung berisi batu;
Ke sini bingung di sanalah bingung,
     Di dalam bingung hati tak tentu.


Lihat selanjutnya...(24)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kami datang ke sini bersama. Kami datang ke sini bersama-sama. Dua- dua sama maksud ke?

Kedua-dua ayat "Kami datang ke sini bersama" dan "Kami datang ke sini bersama-sama" mentakrifkan bahawa kata "bersama-sama" dan "bersama" pada asasnya mempunyai makna yang sama.

Makna20.05.2023
Saya mengaturkan wartawan datang ke sini. Adakah ayat ni betul? Saya keliru dengan penggunaan perkataan "mengatur" dan "mengaturkan"."Saya mengaturkan wartawan datang ke sini" betul. Lain-lain19.10.2017
1. Dia tangkap saya ke sini. 2. Saya ditangkap ke sini. Adakah penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat ini betul?Penggunaan "ke" dalam kedua-dua ayat adalah betul.Tatabahasa05.11.2017
1. Saya dibawa ke sini. 2. Saya dibawa di sini. Ayah yang mana betul?Ayat yang betul ialah Saya dibawa ke sini.Tatabahasa05.11.2017
Salam sejahtera dan selamat malam. "Boleh saya tahu untuk apa Encik Kamarul ke sini?" Ayat ini adalah betul atau tidak? Mengapa? Sekian , terima kasih! :)Ayat yang lebih gramatis ialah "Apakah tujuan Encik Kamarul ke sini?"


Tatabahasa22.08.2013
Bina dinding dari sana sampai ke sini dengan menggunakan bata-bata dan simen. Ayat ini betul ke?Ayat yang betul ialah "Bina dinding dari sana hingga ke sini dengan menggunakan batu bata dan simen."

Lain-lain20.11.2022
Ayat manakah yang betul? 1. Suatu hari nanti, saya kembali semula ke sini. 2. Satu hari nanti, saya kembali semula ke sini. Apakah perbezaan penggunaan "suatu" dan "satu"? Terima kasih.Ayat 1 betul. Perbezaannya ialah Suatu hari merujuk kepada hari yang belum pasti atau abstrak. Contohnya, Encik Ali  tetap akan kembali ke tanah air suatu hari nanti, manakala Satu hari pula merujuk bilangan hari, seperti hari  Isnin, Selasa, Rabu dan seterusnya. Tatabahasa11.08.2020
Bolehkah perkataan "antara" digunakan untuk masa. Contoh- " Kalau tak silap saya, dia sampai ke sini ______ jam 8.00 hingga 8.30 pagi tadi," kata Zami kepada Baharum. Apakah jawapan yang sesuai.Dalam ayat tersebut, penggunaan kata 'antara' untuk masa betul. "dia sampai di sini". Bukannya seperti yang saudara nyatakan "dia sampai ke sini". Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.Tatabahasa06.05.2009
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya.Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul.Tatabahasa22.04.2013
Bolehkan saya menghantar karya seperti sajak,pantun dan syair saya ke sini?Adakah saya akan mendapat apa-apa ganjaran?Apakah alamat surat-menyurat untuk menghantar karya saya?

Saudara boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya karya saudara adalah untuk bacaan dewasa.  Jika untuk tatapan kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepada Ketua, Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja, Jabatan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur.  Karya tersebut sama ada sajak, pantun, atau syair mestilah dalam bentuk manuskirp yang jumlahnya tidak kurang daripada 100 buah untuk sajak.  Manakala syair dan pantun bergantung pada tema, setiap tema pantun mestilah tidak kurang daripada 500 rangkap pantun dan syair pula tidak kurang daripada 150 halaman untuk setiap syair. 

Saudara juga boleh menghantar karya saudara kepada Ketua Bahagian Majalah, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur sekiranya saudara tidak berhajat untuk menerbitkannya dalam bentuk buku.

 Setiap karya yang dipilih untuk diterbitkan dalam bentuk buku, akan diberikan ganjaran dalam bentuk royalti, manakala jika disiarkan dalam majalan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, akan diberikan ganjaran dalam bentuk honorarium.

Lain-lain29.05.2010
12345678910...

Kembali ke atas