Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ke tempat itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ke tempat itu: Mari kita pergi ke ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ke situ

Puisi
 

Dari Tanjung ke Pulau Manis,
     Dua tiga ke Pulau Payang;
Hidung mancung mulutnya manis,
     Di situ tempat hatiku sayang.


Lihat selanjutnya...(4)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cast-in-situtuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKaedah pengkonkritan yang menggunakan konkrit atau lepa yang dituangkan terus ke tempat peletakan, khususnya di dalam pemasangan cerucuk gerek. Tuang di-situ berlawanan dengan konkrit pratuang sama ada daripada segi pemasangan tetulang mahupun kaedah pengkonkritan yang dijalankan.
in situ conservationpemuliharaan in situPertanianAgroteknologiPemuliharaan baka tumbuh-tumbuhan yang dilakukan di dalam kawasan semula jadi yang dilindungi daripada pencerobohan. Pemuliharaan in situ dilakukan bertujuan untuk menambah baik serta mengekalkan varieti asli di sesuatu kawasan. Contohnya, satu kawasan hutan simpan yang telah ditetapkan menjadi kawasan pemulihaaan in situ, dan sebarang tumbuhan dari kawasan tersebut tidak dibenarkan untuk dibawa keluar ke tempat yang lain. Ini bertujuan untuk memelihara spesies yang terdapat secara semula jadi di kawasan tersebut. Contoh lain ialah dusun yang telah lama ditanam dengan pelbagai varieti buah-buahan. Dusun ini boleh juga dianggap sebagai kawasan pemuliharaan in situ bagi baka buah-buahan.
kossavakosavaSainsHidrometeorologiAngin sejuk berbadai yang turun dari timur atau timur laut di kawasan �Iron Gate� Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk angin ini menurunkan suhu ke aras bawah daripada �20oF dan angin ini sejuk walaupun pada musim panas, apabila ia juga berdebu. Ia biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk.
kosavakosavaMeteorologiMeteorologi PerhubunganAngin sejuk berbadai yang bertiup dari timur atau tenggara di kawasan Iron Gate Danube merentasi Carpathia, menganjur ke barat ke Belgrade; dari situ angin itu bertiup ke utara hingga ke perbatasan Rumania dan Hungary dan ke selatan hingga ke Nish. Dalam musim sejuk, angin ini menurunkan suhu ke aras kurang daripada -30� C dan angin ini sejuk walaupun pada musim panans, apabila angin ini juga berdebu. Angin ini biasanya terjadi bersama tekanan rendah di Adriatik dan tekanan tinggi di selatan Russia, dan merupakan keadaan yang sering terdapat pada musim sejuk.
in-situ concrete slabpapak konkrit tuang di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanPapak konkrit yang dituang terus ke struktur pembinaan dengan menggunakan acuan. Papak konkrit tuang di-situ berbeza dengan papak konkrit pratuang oleh kerana ia memerlukan masa yang lebih lama ketika di tapak terutama di dalam penyediaan acuan, kerja topang, pengkonkritan dan pengawetan.
in-situ concretekonkrit di-situKejuruteraanKejuruteraan BangunanKonkrit yang dituangkan di tempat peletakan dan bertindak sebagai satu struktur kekal. Konkrit ini berbeza dengan konkrit pratuang yang akan dipindahkan ke tempat pembinaan apabila konkrit tersebut cukup keras. Ia juga dikenali sebagai konkrit tuang di-situ.
solvent free microwave extractionpengekstrakan mikrogelombang tanpa pelarutHerbaFitokimiaTeknik pengekstrakan berasaskan kombinasi pemanasan mikrogelombang dan penyulingan tanpa penggunaan pelarut organik. Dalam kaedah ini, tumbuhan yang dilembapkan terlebih dahulu diletakkan dalam reaktor mikrogelombang. Pemanasan dalaman berlaku secara in situ ke atas air yang terdapat dalam bahan tumbuhan lalu menyebabkannya mengembang dan mengakibatkan kelenjar dan bekas minyak pecah. Proses ini membebaskan minyak pati lalu dibawa oleh air secara penyulingan azeotropik.
in situ hybridizationpenghibridan in situBioinformatikBioinformatik MolekulPenyetempatan jujukan DNA atau RNA ke dalam tisu dengan menggunakan pelengkap yang terdiri daripada DNA, RNA atau rantaian asid nukleik terubah suai yang telah dilabelkan.
in-situ gasificationpenggasan in-situKejuruteraanKejuruteraan KimiaKaedah penggasan di bawah tanah dengan menyuntik udara dan stim ke dalam lombong arang batu yang dinyalakan untuk menghasilkan gas bahan api berutB rendah.
return springspring kembaliKejuruteraanTiadaSpring yang menggerakkan angker ke kedudukan biasa dan menahannya di situ apabila geganti dinyahtenagakan. Sinonim: spring pemulihan.
12

Kembali ke atas