Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, 1.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda 'Berhenti' di tengah-tengah jalan raya.(Apakah tanda baca yang perlu dibubuh pada perkataan 'Berhenti'?) 2.Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas.(Perlukan perkataan aktiviti itu membawa maksud jamak?) 3.Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim / mengeratkan hubungan silaturahim.(Perlu ditulis hubungan di depan silaturahim?) 4.me.ngo.rek (adakah pemenggalan suku kata ejaan betul dan apakah pemenggalan sebutan bagi perkataan mengorek?) Terima kasih1. Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.

2. Kesimpulannya, kita perlu meluangkan masa dengan melakukan aktiviti/aktviti-aktiviti yang bermanfaat pada hari minggu kerana masa itu emas. Perkataan aktiviti boleh membawa maksud jamak berdasarkan konteks penggunaannya. Walau bagaimanapun penggunaan aktiviti-aktiviti juga boleh dibenarkan asalkan tidak didahului oleh penanda jamak seperti pelbagai aktiviti dan penggunaan ini (tunggal atau jamak) hendaklah konsisten dalam keseluruhan wacana.

3. Kita harus berkunjung ke rumah terbuka untuk mengeratkan silaturahim.

4. Pemenggalan yang betul ialah "me.ngo.rek".
Tatabahasa27.05.2022
Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat.
2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam.
3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam.

Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan.
Tatabahasa08.10.2023
Salam sejahtera, Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang. 2. Majlis itu berlangsung sehingga ke tengah malam. Terima kasih.1. Nenek baru sampai ke rumah Mak Su dari Kelang.
2. Majlis itu berlangsung sehingga tengah malam.
Tatabahasa08.05.2017
tuan 1. para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas.(kesalahan diketengahkan, tetapi saya merujuk kamus dewan, diketengahkan bermaksud membawa ke tengah: ~ perahu, mengapa salah pula?) 2.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3.Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. (tuan, apakah perbezaan antara soalan 2 dengan 3, bagaimanakah saya terangkan kepada pelajar soalan 2 adalah salah dan soaaln 3 adalah betul.) terima kasih tuan

1. Para penonton bersorak apabila watak badut diketengahkan di atas pentas. - ayat ini betul, diketengahkan dalam ayat ini bermaksud ditampilkan ke hadapan atau ditonjolkan (bukan dibawa ke tengah).

2. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan menyerikan majlis perkahwinan ini. 3. Mudah-mudahan dengan kehadiran tuan akan berserilah majlis perkahwinan ini. Kedua-dua ayat ini betul kerana menyerikan bermaksud menyemarakkan majlis, manakala berserilah bermaksud bersemaraklah majlis.

 

Tatabahasa31.03.2011
Selamat sejahtera, 1.Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh. 2 Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya adik cepat sembuh. (Yang manakah merupakan ayat gramatis?)Kalau salah minta perbetulkan. 3.Ibu menyuapkan ubat kepada adik.(Adakah kata sendi nama "kepada" sesuai digunakan?) 4.Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda "Berhenti" di tengah-tengah jalan raya.(Adakah tanda baca pemetik seperti yang ditaip perlu digunakan?)Sila beri penjelasan. Terima kasih.

1. Ayat yang pertama betul, iaitu “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”. 1">

2. Dalam ayat kedua, perkataan “adik” tidak perlu diulang. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik supaya cepat sembuh”.1">

3. Perkataan “menyuapkan” dalam konteks ayat yang diberikan bermaksud memasukkan makanan dan lain-lain ke dalam mulut seseorang. Sehubungan dengan itu, penggunaan kata sendi nama “kepada” dalam ayat yang diberikan tidak betul. Ayat yang betul ialah “Ibu menyuapkan ubat ke dalam mulut adik”.  1">

4. Menurut buku Gaya Dewan, tanda petik ("/") digunakan untuk tujuan tertentu seperti mengapit cakap ajuk, mengapit judul dan mengapit istilah ilmiah. Sehubungan dengan itu, dalam ayat “Seorang pengawal keselamatan memegang papan tanda “Berhenti” di tengah-tengah jalan raya”, penggunaan tanda petik (“/”) pada perkataan “Berhenti” tidak perlu digunakan.  
Tatabahasa15.09.2022
BOLEH KE KITA MENGGUNAKAN NAMA HOTEL SENTRAL METRO DAN APAKAH MAKSUDNYABoleh. Sentral bermaksud  1. di tengah atau pusat; pasar ~ pasar yg terletak di tengah bandar; 2. (pejabat dll) yg menjadi pusat (pejabat-pejabat lain dll), ibu (pejabat dll); pemerintah ~ pemerintah pusat, manakala metro/metropolitan berkenaan dgn bandar raya utama dlm sesebuah negara.Istilah09.06.2010
Assalammualaikum W.B.T bolehkah perkataan 'malam' di pendekkan sebagai 'mlm'? bagaimana dengan 'tengah malam', 'pagi' , 'tengah hari'? tujuan penggunaan: Digunakan untuk mempromosi rancangan TV untuk siaran di TV contoh 1: PERTANDINGAN AKHIR MIMPI KE BINTANG Sabtu , 16 Mac , 9.00mlm ATAU 9.00 malam contoh 2: LANTAI CILIK Setiap Sabtu, 1.00 tgh.hari ATAU 1.00 t/hari ATAU 1.00tghari ATAU alternatif lain?Singkatan ejaan adalah seperti yang berikut:
PAGI - PG., TENGAH HARI - TGH. HARI, PETANG - PTG. DAN MALAM - MLM. (mesti ada tanda titik) seperti 10 PG. - 8 MLM.
Tatabahasa12.03.2013
Adakah ayat di bawah betul binaan? 1. Kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. Ayat (1) ayat majmuk pancangan komplemen songsang yang berasal daripada ayat berikut: 2. Bahawa Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. Ayat ke-2 dapat dibahagikan kepada dua ayat tunggal: 2. (a) Sesuatu (ialah) kesan letak Malaysia di tengah Selat Melaka. (Ayat induk) (b) Malaysia menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan. (Ayat kecil komplemen) Soal saya bahawa adakah ayat (1) berbinaan tepat?Binaan ayat ini kurang tepat, ayat yang gramatis ialah "kedudukan Malaysia di perairan Selat Melaka menjadi tempat yang strategik untuk menjalankan perdagangan".Tatabahasa18.09.2015
MESYUARAT AGUNG KE – 6 BADAN PENGURUSAN BERSAMA JMB “PK SEK: 7 COMMITTEE” Sabtu 19 April 2014 8.30 Pagi – 1.00 Tengah hari Aras 2, Tempat Letak Kereta Pasar Raya Giant, Pusat Komersial Seksyen 7, Shah Alam Semua Pemilik Dijemput Hadir!Penggunaan bahasa dalam iklan ini betul, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk tujuan pengesahan bahasa dalam iklan.Lain-lain04.04.2014
Ali tidak hadir ke sekolah kerana demam panas. Bolehkah ayat di atas ditukar kepada susunan songsang seperti berikut? Kerana demam panas Ali tidak ke sekolah. Sekiranya jawapan tersebut salah, nyatakan alasannya.Ayat songsang tersebut tidak tepat disebabkan perkataan "Kerana" tidak boleh digunakan dipermulaan ayat. Hal ini disebabkan kerana merupakan kata hubung pancangan keterangan, ringkasnya kata keterangan. Kata keterangan berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama. Lazimnya "kerana" digunakan di tengah-tengah ayat bagi menerangkan klausa utama. Ayat songsang yang tepat bagi ayat tersebut:

1. Tidak hadir Ali ke sekolah kerana demam panas.
2. Tidak hadir ke sekolah kerana demam panas Ali. 
Tatabahasa19.06.2016
1234

Kembali ke atas