Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : arah ke pinggir, pergi ke pinggir; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (pergi) ke bahagian tepi; ke arah pinggir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tepi (kata nama)
Bersinonim dengan pinggir, pesisir, tebing, tubir, ufuk, sisi, birai, aris, bibir, bingkai, rangka, bikar, bira, birih, biring, gigi, sempadan, perbatasan;,
Kata Terbitan : mengetepikan, bertepi, menepi,

Puisi
 

Kalau belayar sampai ke tepi,
     Makin ke tepi bertambah dalam;
Kalau tidur berasa mimpi,
    tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Air sama air menjadi satu,
     sampah ke tepi juga.

Bermaksud :

Jangan ikut campur dalam perselisihan orang bersaudara, apabila mereka berbaik kembali, kita akan tersisih ke tepi.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaPerahu kecil belayar ke tepi, Makin ke tepi makin dalam; Tidur malam jangan dimimpi, Kalau dimimpi bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaKalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi,tidur/mimpi Sedar-sedar bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaKalau belayar sampai ke tepi, Makin ke tepi bertambah dalam; Kalau tidur berasa mimpi, Sedar-sedar bertambah dendam.
Kurik Kundi Merah SagaTanjung ke tepi tanjung, Membawa roman segenggam arang; Berkampung kita berkampung, Menengok kumbang singgah sekarang.
Kurik Kundi Merah SagaSampai ke tepi terkena duri, Duri dibuang sakit pun hilang; Kalau ayah tidak memberi, Adik hendak mengikut abang.
Kurik Kundi Merah SagaTuk Merah ke tepi paya, Jangan ceku buat pepedak; Mengapa abang marahkan saya, Sekali tegur sekali tidak.
Kurik Kundi Merah SagaLancang tenggelam kita berenang, Sampai ke tepi terkena duri; Boleh abang masuk meminang, Takut ayah tidak memberi.
Kurik Kundi Merah SagaAnak beruk di kayu rendang, Meniti turun ke tepi paya; Hodoh buruk di mata orang, Cantik manis di mata saya.
Kurik Kundi Merah SagaSayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.
Kurik Kundi Merah SagaAnak raja turun menembak, Bunyi berdentum patah pedati; Tenggelam timbul dilambung ombak, Kalau tak karam balik ke tepi.
1234

Kembali ke atas