Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
boyo[b.j]kata adjektif1. berkenaan kayu dalam keadaan buruk kerana dimakan anai-anai.Kayu rumah pusako tu banyak yang dah boyo.[kA.ju Äu.mAh pu.sA.k tu bA.øA/ jAN dAh b.j]Kayu rumah pusaka itu banyak yang sidah buruk.
polak[p.lA/]kata adjektifrimas (tentang keadaan).Polak rasoe kek bilek tu pasa tak do kipah.[p.lA/ ÄA.s.E kE/ bi.le/ tu pA.sAN tA/.d ki.pAh]Rimas rasanya di bilik itu kerana tidak ada kipas.
solorau[s.l.ÄAw]kata tugaskeadaan yang berlaku secara tiba-tiba, serentak.Ujan batu turun solorau yo, tanah pon tak basah.[u.dZAn bA.tu tu.Äun s.l.ÄAw j tA.nAh pon tA/ bA.sAh]Hujan batu turun tiba-tiba sahaja, tanah pun tidak basah.
boroncai[b.čn.tSAj]kata kerjaberkenaan air mata yang dalam keadaan bercucuran.Boroncai ae mato dek bopisah dongan tunange.[b.čn.tSAj AE mA.t dE/ b.pi.sAh d.NAn tu.nAN.E]Bercucuran air matanya kerana berpisah dengan tunangnya.
sompulun[sm.pu.lun]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; bosomeba.Anak ayam tu sompulun larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu sm.pu.lun lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
bosomeba[b.s.mE.bA]kata tugasberkenaan lari dalam keadaan tidak tentu arah, bertempiaran; sompulun.Anak ayam tu bosomeba larie, dek nampak holang.[A.nA/ A.jAm tu b.s.mE.bA lA.Äi.E de/ nAm.pA/ h.lAN]Anak ayam itu bertempiaran lari kerana nampak helang.
bokotupeh[b.k.tu.pEh]kata kerjabergegas, tergesa-gesa dalam keadaan kelam-kabut meninggalkan sesuatu tempat.Bilo kono losong tobuan, bokotupeh dio orang lari.[bi.l k.n l.sN t.bu.wAn b.k.tu.pEh di.j .ÄAN lA.Äi]Apabila kena sengat tabuan, bergegas mereka lari.
toborongau[t.b.č.NAw ]kata adjektifberkenaan luka yang dalam keadaan parah disebabkan benda yang tajam.Toborongau luko budak tu, kono parang, nampak tulange.[t.b.č.NAw lu.k bu.dA/ tu k.n pA.ÄAN sAm.pAj nAm.pA/ tu.lAN.E]Toborongau luka budak itu, kena parang, sampai nampak tulangnya.
biring II[bi.ÄiN]kata adjektifberkenaan kuih yang dalam keadaan tidak melekat, tidak bercampur.Pandai bona omak buek kue lapeh tu tak bobiring lapehe.[pAn.dAj b.nA .mA/ bu.wE/ kuE lA.pEh tu tA/ b.bi.ÄiN lA.pEh.E]Pandai sungguh emak buat kuih lapis sehingga tidak melekat antara lapisnya.
angka[AN.kA]kata adjektifberkenaan badan dalam keadaan panas kerana kurang sihat atau rasa hendak demam.Angka raso badan ekau ni jang, moh copek kito poi sopita.[AN.kA ÄA.s bA.dAn E.kAw ni dZAN mh tS.pe/ ki.t pi s.pi.tA]Panas rasa badan kau ini jang mari kita pergi hospital.

Kembali ke atas