Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keadaan 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Bagaimanakah penggunaan huruf besar selepas ayat tanpa noktah? Contoh: Demikian seterusnya... Ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Ataupun: Demikian seterusnya... ini bermakna dia memang orang yang dimaksudkan. Terima kasih. -NikBerdasarkan contoh tersebut, terdapat dua keadaan: 1. Sekiranya ayat tersebut bersambung tidak perlu penggunaan huruf besar. 2. Sekiranya ayat tersebut tidak bersambung perlu diletak titik lagi (menjadi empat titik ....) dan dimulai dengan huruf besar.Lain-lain27.02.2014
Nur'ain Iman Jun 30th, 5:59pm Salam sejahtera, saya ingin bertanya untuk penggunaan 'ku' singkatan untuk 'aku'. Saya faham bahawa ku jika digandingkan dengan KN, ia jadi rumahku, penselku dsbnya. Namun demikian, bagaimana pula dengan KK? Kubaca? Atau ku baca?Salam sejahtera, Untuk makluman, kependekan "ku" boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kepegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya. Contoh menemaniku, memarahiku.Lain-lain30.06.2015
1. Keadaan lalu lintas di bandar itu menjadi _________ pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik. A. Riuh-rendah B. Simpang- siur C. Kelam -kabut D. Bengkang-bengkok (Nyatakan sebab jawapan yang dipilih)Keadaan lalu lintas di bandar itu bersimpang-siur pada peringkat awal perubahan sistem aliran trafik.
Tatabahasa09.09.2016
1.Keadaan lalu lintas menjadi tenang pada waktu malam. 2.Hujan mulai tenang pada waktu petang selepas beberapa jam turun dengan lebatnya. Ada salah tak?Tenang bermaksud: 1. tidak berkocak, tidak berombak (air, laut), teduh (angin, ribut, dll); dan 2. tidak gelisah (runsing dll), tidak kacau atau rusuh (hati, fikiran, dll), aman dan tenteram (keadaan). Berdasarkan definisi dalam Kamus Dewan perkataan tenang tidak sesuai digunakan dalam ayat contoh yang tersebut, sebaliknya perkataan reda lebih sesuai digunakan.Tatabahasa25.02.2012
Salam. Adalah awalan "ku-" masih bersambung dengan kata selepasnya sekiranya perkataan tersebut mempunyai awalan "di-"? Contohnya "diangkat", adakah "kudiangkat" betul atau "ku diangkat"? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah "kudiangkat." Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. Lain-lain30.07.2023
boleh singkatan kata ganti nama diri ‘ku‘ bagi ‘aku’ bergabung dgn KK pasif menjadi kudilamar / kudiundang / kudiberi etc? Adakah masih gramatis dan boleh diterima seperti bila singkatan ‘ku’ bergabung dengan KK aktif, contohnya kumakan, kuteroka?

Untuk makluman, Kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku.   

Tatabahasa19.10.2019
Selamat sejahtera. Saya mahu bertanya, jenis kata apa yang boleh dirapatkan dengan awalan ku~ dan kau~ Kata adjektif? Kata kerja?

Kata ganti nama diri "kau" ialah kependekan engkau, digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif, dan ditulis bercantum contohnya:  kaubacalah buku ini.

Manakala untuk kata ganti nama diri ku ialah (kependekan aku)  boleh digunakan dalam dua keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 

Lain-lain10.11.2023
Salam sejahtera! Yang mana satu betul: ku ingin/kuingin mencari kekayaan. Bagaimana pula dengan contoh ini: kumencarimu/ku mencarimu/kumencari mu? Terima kasih!

Untuk makluman, kata ganti nama diri singkat kau, ku, dan mu tidak boleh berdiri sendiri. Kata-kata tersebut harus ditulis serangkai dengan kata lain. Untuk kata ganti nama diri “ku”  (kependekan aku),  boleh digunakan dalam 3 keadaan: 1) digunakan sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif. Contoh kuingin, kubaca, kudengar, kulihat, kupegang. 2) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata kerja yang mengikutinya. Contoh menemaniku, memarahiku. 3) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata nama yang mengikutinya. Contoh rumahku, kekasihku, adikku. Manakala, bagi kata ganti nama diri singkatan “mu” pula (kependekan kamu) digunakan sebagai akhiran yang terikat dengan kata yang mendahuluinya, contohnya mencarimu, kepadamu, bukumu, menyayangimu dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, frasa yang betul ialah “kuingin mencari kekayaan” dan “aku mencarimu”1">

Tatabahasa16.06.2020
Rajah 1.1 menunjukkan teori perkaitan di antara sebab dan syarat-syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. Soalan: Sesuaikah penggunaan perkataan "perkaitan" di situ, atau ada perkataan lain yang lebih sesuai? Kemudian perlukah diletakkan perkataan "di" sebelum "antara" atau cukup dengan "antara" sahaja tanpa "di (di antara) dalam konteks ayat di atas? Terima kasih.Rajah 1.1 menunjukkan kaitan antara sebab dan syarat wajib zakat bagi zakat yang berasaskan harta perolehan. - perkaitan bermaksud hal atau keadaan yang berkaitan, manakala kaitan bermaksud hubungan. Kata kaitan lebih sesuai dalam ayat ini. Perkataan di antara lazimnya digunakan bagi perkataan yang menunjukkan ada ruang/jarak antara kedua-duanya, oleh itu kata antara lebih sesuai dalam ayat ini.Tatabahasa12.05.2011
tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya.Makna13.04.2007
12345678910...

Kembali ke atas