Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
luar (kata nama)
Kata Terbitan : di luar, ke luar, luaran,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
complexionkompleksyenPerubatanTiadaKeadaan luaran pada muka seseorang.
complexionrupaPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan luaran pada muka seseorang.
automatic helmsmanpemandu automatikPelayaranTiadaSistem kawalan kemudi yang boleh membetulkan arah gerakan kapal secara sendiri apabila berlaku keadaan luaran yang memberi kesan kepada arah gerakan kapal seperti angin dan gelombang laut.
irreversible processproses tak berbalikFizikHabaProses yang tidak boleh kembali ke keadaan asalnya dengan perubahan infinitisimal pada keadaan luaran tertentu. bd. proses boleh balik.
reversible processproses boleh berbalikFizikHabaProses termodinamik yang boleh kembali ke keadaan asalnya secara sempurna dengan membuat perubahan keadaan luaran. Proses kuasistatik, tindakan boleh berbalik.
passive precipitationdorongan pasifKriminologiKeadilan JenayahSatu keadaan pemangsaan jenayah yang berlaku bukan disebabkan oleh tindakan mangsa secara langsung tetapi disebabkan oleh keadaan luaran yang ada kaitan dengan mangsa sehingga mendorong pelaku untuk melakukan jenayah atau serangan terhadap mangsa tersebut. Contohnya, pemakaian barang kemas yang keterlaluan oleh mangsa mengakibatkan mangsa menjadi sasaran peragut.
contractkontrak; kecutKejuruteraanTiada1. Kontrak: Perjanjian yang sah mengikut undang-undang antara dua pihak atau lebih, yang bersetuju untuk melakukan atau tidak melakukan sesuatu urus niaga.,2. Kecut: Menjadi lebih kecil saiznya akibat keadaan yang berlaku pada keadaan luaran.
hallucinationhalusinasiFarmasiFarmakologiSuatu persepsi deria (penglihatan, sentuhan, bunyi, bau atau rasa) yang kompleks, biasanya palsu atau terherot tentang sesuatu objek atau keadaan yang berlaku tanpa rangsangan luaran. Keadaan ini boleh berlaku dalam keadaan sedar atau terjaga, biasanya disusuli dengan perasaan yang sangat kuat bahawa persepsi kompleks tersebut adalah suatu yang benarĀ­-benar berlaku. Halusinasi boleh melibatkan sebarang deria dan diklasifikasikan kepada auditori, gustatori, olfaktori, taktil atau visual. Keadaan ini merupakan simptom bagi kelakuan psikotik yang biasanya dilihat semasa skizofrenia serta gangguan lain atau gangguan mental organik. Halusinasi boleh mempunyai sebab-sebab psikologi seperti dalam penyakit-penyakit mental atau boleh disebabkan oleh drug, alkohol, penyakit organik (seperti barah otak, nyanyuk atau keletihan). Apabila halusinasi berpunca daripada masalah psikologi, ia selalunya mewakili konflik yang terpendam.
relexation functiontugas santaianKomunikasiKorporatSalah satu fungsi bahagian korporat dalam sesebuah organisasi yang bertanggungjawab mewujudkan keadaan keseimbangan dalam pelbagai aspek komunikasi, sama ada dengan khalayak dalaman atau khalayak luaran. Keadaan keseimbangan ini boleh mengelakkan ketegangan komunikasi dalam sesebuah organisasi di samping mengekalkan dan meningkatkan paras kepuasan dan kesetiaan pekerja terhadap organisasi berkenaan. Langkah yang biasa dilakukan oleh organisasi adalah dengan menyediakan ruang persekitaran pekerjaan yang mesra pelanggan dan mesra pekerja, serta kemudahan lain yang mudah diperoleh dan digunakan oleh pelanggan dan pekerja.
external environmentpersekitaran luaranPentadbiranPentadbiran Awam

Elemen atau faktor eksternal yang mempunyai kecenderungan untuk mempengaruhi sesuatu keadaan, situasi atau perkara dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Dalam konteks ini, persekitaran luaran dilihat dalam bentuk persaingan yang wujud, keadaan politik, negara pesaing, kedudukan ekonomi, perkembangan teknologi, pasaran dunia, bencana atau malapetaka dan sebagainya. Meskipun faktor dalaman kuat mempengaruhi perkembangan pentadbiran, namun faktor luaran juga tidak boleh diketepikan. Dalam keadaan tertentu, persekitaran luaran mampu menambah baik atau melumpuhkan sesebuah organisasi. Krisis kewangan Asia pada tahun 1990-an yang menjatuhkan nilai matawang Malaysia adalah salah satu contoh kesan persekitaran luaran.

123456

Kembali ke atas