Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öa.di.lan]/[ke.a.di.lan] | کعاديلن

Definisi : sifat (perbuatan, tindakan, dll) yg adil: ~ seseorang raja atau pemerintah; ia menuntut ~ ia menuntut penyelesaian yg adil; menciptakan ~ masyarakat mengadakan susunan dan keadaan yg adil bagi kehidupan dlm masyarakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.Öa.di.lan]/[ke.a.di.lan] | کعاديلن

Definisi : keadaan (sifat, perbuatan dll) adil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keadilan

Peribahasa

Berhakim kepada beruk.

Bermaksud :

Minta pertimbangan (keadilan dan sebagainya) kepada orang yang tamak, nescaya akan merugi.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
natural justice keadilan akeadilan asasiUndang-undangTiadaTiada
restorative justicekeadilan restoratifKriminologiKeadilan JenayahSuatu pendekatan di bawah sistem keadilan jenayah yang melibatkan individu yang terlibat dalam sesuatu jenayah seperti pesalah, mangsa, dan kadangkala wakil komuniti bagi membincangkan cara penyelesaian serta membaik pulih kerosakan atau kemudaratan, yang telah berlaku akibat jenayah tersebut agar satu perubahan positif dapat dilakukan.
criminal justice systemsistem keadilan jenayahKriminologiKeadilan JenayahSistem penguatkuasaan undang-undang yang melibatkan siasatan, penahanan, pendakwaan, pembelaan, penghakiman, penghukuman dan saksi jenayah. Sistem ini berlandaskan keadilan dan berpandukan undang-undang. Pihak yang bertanggungjawab dalam pelaksanaan sistem ini terdiri daripada beberapa agensi atau jabatan seperti polis, pendakwa raya, mahkamah dan penjara.
President of International Court of JusticePresiden Mahkamah Keadilan AntarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKetua hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa. Beliau dipilih oleh hakim-hakim mahkamah setiap tiga tahun melalui undian rahsia. Tidak ada syarat kewarganegaraan dalam pemilihan. Presiden mempengerusikan semua mesyuarat mahkamah, mengarahkan kerja dan menyelia pentadbiran mahkamah. Semasa pertimbangan kehakiman, Presiden Mahkamah mempunyai satu undi jika undi-undi terbahagi sama banyak. Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa dikehendaki tinggal di The Hague. Antara Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa ialah Peter Tomka (2012�2015), Hishashi Owada (2009�2012) dan Dame Rosalyn Higgins (2006�2009).
عدالة الظاهرkeadilan zahirAgama IslamFiqhSifat keadilan zahir yang diambil kira dalam perbicaraan.
interest of justicekepentingan keadilanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaFaktor keadilan dan kesaksamaan yang digunakan oleh hakim apabila menggunakan budi bicaranya ketika membuat keputusan dalam sesuatu kes. Istilah ini sangat subjektif dan penafsirannya boleh berubah-ubah kerana perbezaan fakta atau orang yang terlibat.
administration of justicepentadbiran keadilanSains PolitikTiadaPelaksanaan undang-undang demi keadilan.
procedural Fairnesskeadilan tatacaraUndang-undangTiadaPrinsip yang dikembangkan oleh mahkamah berdasrkan konsep keadilan semula jadi. Mahkamah akan menghendaki supaya sesuatu tatacara diikuti jika tatacara itu membawa kebaikan kepada pihak-pihak yang terlibat.
poetic justicekeadilan puitisKesusasteraanTiadaKonsep moral dalam penulisan karya sastera yang memberikan ganjaran kepada kebaikan dan menerima hukuman untuk kejahatan. Keadilan puitis diwujudkan pertama kali oleh Thomas Rhymer pada tahun 1678. Konsep ini digunakan dalam drama pada kurun ke-17 dan ke-18. Kini, konsep ini digunakan secara meluas dalam semua bidang sastera, seni persembahan dan filem.
victim-offender reconciliation programprogram pendamaian mangsa-pesalahKriminologiKeadilan JenayahSatu program di bawah pendekatan keadilan restoratif, iaitu pesalah, mangsa dan mereka yang terkesan dengan sesuatu jenayah dijemput untuk bertemu dan membincangkan kemudaratan atau kerugian yang ditanggung akibat jenayah tersebut dan cara mengatasinya.
12345678910...

Kembali ke atas