Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ma.nan] | کأمانن

Definisi : keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ma.nan] | کأمانن

Definisi : keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keamanan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Baginda sultan menyuruh semua rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentiasa bersatu demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Apakah kesalahan bahasa di atas ayat tersebut?Ayat yang betul ialah Baginda sultan menitahkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum agar sentiasa bersatu demi menjaga keamanan dan kedaulatan negara. Penggunaan perkataan menitahkan lebih tepat dalam ayat tersebut kerana perkataan tersebut merupakan bahasa yang digunakan sultan atau raja untuk menyuruh atau memerintahkan seseorang amelakukan sesuatu.Tatabahasa01.11.2021
Semangat kejiranan yang rapuh tidak menjamin keamanan negara.Oleh itu, kita harus mengukuhkan semangat kejiranan. Adakah penggunaan penanda wacana “Oleh itu” digunakan dengan betul?Salam sejahtera,

penggunaan wacana tersebut betul.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa03.10.2020
Mohon untuk mendapatkan karya-karya sasterawan tempatan yang bertemakan keamanan, khususnya yang berkaitan dengan peperangan dan konflik. Sekian, terima kasih.Kami cadangkan tuan berhubung terus dengan Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), DBP untuk mendapatkan karya tersebut. Sila hubungi pustakawan Encik Hiezam Hashim, 03-21479657/izmmh@dbp.gov.my, Puan Aimi Umaimah, 03-21479632/aimi@dbp.gov.my dan Puan Che'Ros Rahim, 21479631/ros@dbp.gov.my.Lain-lain04.03.2014
definisi keselamatanPerihal terpelihara atau terhindar daripada bencana, terlepas daripada bahaya, ataupun kesejahteraan dan keamanan.Makna17.06.2009
Selamat Pagi,Tuan/Puan. Apakah kesalahan bahasa dalam beberapa ayat yang di bawah? 1.Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam. 2.Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita. 3.Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik apakah yang perlu dipersiapkan untuk hari esok. 4.Justeru, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT. 5.Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini. 6.MUSLIM tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat. 7.Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.
  1. Berbeza keadaannya dengan kita di negara bertuah ini, walaupun merasai nikmat keamanan dan kesejahteraan, namun kita sebenarnya menghadapi serangan musuh Islam.
  2. Jika kita tidak mempertahankan cara pemikiran Islam, maka aliran pemikiran yang terpesong mudah mempengaruhi kita.
  3. Ia semakin mempengaruhi umat Islam sehinggakan tidak lagi berkesempatan untuk berfikir amal baik yang perlu dipersiapkan untuk hari esok.
  4. Selain itu, marilah kita bulatkan tekad, beristiqamah melaksanakan perintah Allah dan Rasul, berusaha mempersiapkan bekalan amalan baik dengan ibadah sebanyak-banyaknya di samping ikhlas mengabdikan diri kepada Allah SWT.
  5. Setiap kita mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk berjihad mempertahankan kesucian Islam di negara ini.
  6. Orang Muslim tidak hanya dianjurkan memerhatikan hubungan vertikalnya dengan Allah SWT, sebaliknya perlu menjaga hubungan horizontal dalam konteks hidup bermasyarakat.
  7. Keperluan memelihara lidah daripada menyakiti saudaranya juga sangat penting hingga Imam al-Ghazali memperuntukkan satu bab dalam kitabnya, Ihya’ Ulumuddin.

Tatabahasa01.07.2021
MAKSUD "MATA-MATA"Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mata-mata ialah pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis.Makna12.11.2010
apakah definasi keselamatan dengan tepatMakna keselamatan merujuk Kamus Dewan Edisi keempat ialah perihal selamat, kesejahteraan, keamanan. Harap maklum.Makna01.12.2007
adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. Makna08.03.2008
Apakah terjemahan untuk perkataan vigilante atau definisi paling tepat untuk menjelaskanya?Salam sejahtera,


Merujuk kepada soalan tuan, "vigilante" bermaksud anggota sukarelawan yang mengawasi keamanan di sesuatu kawasan. Untuk maklumat tambahan, istilah sasar bagi perkataan "vigilance" pula ialah kewaspadaan yang digunakan dalam bidang perubatan, kejuruteraan dan psikologi. Istilah sasar bagi istilah sumber "vigilance committee" ialah jawatankuasa pengawasan yang selalu digunakan dalam bidang sains politik. Justeru, penggunaan istilah yang tepat dan bersesuaian bergantung kepada konteks ayat.

Terima kasih.
Istilah18.01.2018
"Adalah" tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja, bagaimana dengan "ialah"?Adakah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat berikut betul? Peranan utama askar ialah memperjuangkan keamanan negara.Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dapat dijelaskan seperti yang berikut.a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja manakala ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja.Tatabahasa02.11.2006
123

Kembali ke atas