Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.a.ma.nan] | کأمانن

Definisi : keadaan yg aman, kesentosaan, ketenangan, ketenteraman: kerajaan harus menjamin ~ jiwa dan harta benda rakyat; ~ pd akal fikiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.a.ma.nan] | کأمانن

Definisi : keadaan aman; ketenteraman; kesentosaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keamanan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
peacebuilderpenggerak keamananUmumTiadaIndividu atau organisasi yang menyokong, menggalakkan dan membawa kepada keamanan. Individu atau organisasi ini berusaha untuk melaksanakan langkah-langkah yang dapat mewujudkan dan mempertahankan keamanan dalam sesebuah negara yang terjejas akibat perang atau konflik-konflik lain melalui sokongan terhadap ekonomi, politik dan pembangunan sosial.
breach of the peacepecah keamananUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPerbuatan menggunakan kekerasan atau senjata sehingga mengancam kedamaian antarabangsa. Sekiranya Majlis Keselamatan PBB menentukan bahawa pecah keamanan berlaku, Majlis Keselamatan boleh menggunakan kuasanya di bawah Bab VII Piagam PBB untuk mengambil tindakan bagi memulihkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
international peace and securitykeamanan dan keselamatan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaObjektif atau matlamat utama penubuhan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1945. Bagi mencapai objektif ini, PBB mengambil dua pendekatan, iaitu langkah kolektif yang berkesan dan penyelesaian pertikaian secara aman. Walau bagaimanapun, PBB hanya mengambil berat tentang keamanan dan keselamatan antarabangsa sahaja tetapi sebaliknya tidak mengambil berat kekacauan yang berlaku dalam negeri, sehinggalah kekacauan ini menjejaskan keamanan antarabangsa. Hal ini disebabkan oleh tindakan lima anggota tetap Majlis Keselamatan PBB yang sering menyalahgunakan kuasa veto yang diberi dan menyebabkan objektif keamanan dan keselamatan antarabangsa ini gagal dicapai sepenuhnya. Lihat juga Majlis Keselamatan.
balance of powerimbangan kuasaSains PolitikHubungan AntarabangsaTeori politik yang berasaskan idea bahawa keamanan akan dapat diwujudkan sekiranya terdapat persamaan kekuatan ketenteraan, politik atau ekonomi antara negara di dunia. Pada abad ke-19 hingga ke-20, teori politik ini sering menjadi amalan untuk pengekalan keamanan dunia. Sistem politik Eropah khususnya sekitar tahun 1871 hingga 1914 amat kuat mengamalkan prinsip teori ini. Contohnya, Jerman, Austria dan Itali diimbangi kuasanya oleh pakatan Perancis-Rusia dan Inggeris. Dalam keadaan ini, kedua-dua pihak cuba mengelak mana-mana negara menjadi kuasa hegemoni.
peaceperdamaian; keamananUndang-undangTiadaTiada
International PeaceKeamanan AntarabangsaSejarahTiadaTiada
breach of peacepecah keamananUndang-undangTiadaMelakukan sesuatu yang menimbulkan atau mengakibatkan rusuhan, kekecohan, perkelahian, pergaduhan dan sebagainya.
peace keeping forcepasukan penjaga keamananUndang-undangTiadaTiada
peace keeping operationoperasi penjaga keamananUndang-undangTiadaTiada
Uniting for PeachBersatu untuk KeamananSejarahTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas