Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ang.go.ta.an] | کأڠݢوتاءن

Definisi : perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ang.go.ta.an] | کأڠݢوتاءن

Definisi : hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keanggotaan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
YOUNG WOMEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YWCA)

Young Women’s Christian Association

(YWCA) ialah pertubuhan wanita berbilang

bangsa yang tertua dan terbesar di dunia.

Keanggotaan pertubuhan ini terbuka kepada

wanita dan anak gadis dari semua agama dan latar

belakang.

UMUM 
AIDIT D.N.

Aidit D.N. (1923–1965), mengetuai Parti Komunis

Indonesia dari tahun 1951 hingga tahun 1965. Dia

berjaya membina sebuah parti politik Indonesia

yang terbesar dan tersusun dengan baik, dengan

keanggotaan lebih daripada tiga juta orang. Parti

Komunis yang diketuainya menyokong Presiden

Sukarno. Selepas percubaan rampasan kuasa oleh

pegawai tentera prokomunis pada tahun 1965, Aidit

melarikan diri ke Jawa Tengah, dan dia telah

ditembak di sana.

UMUM 
KESATUAN MELAYU SINGAPURAKESATUAN MELAYU SINGAPURA, sebuah badan yang memperjuangkan hak orang Melayu. Kesatuan Melayu Singapura (KMS) ditubuhkan pada tahun 1926 dengan Mohd. Eunos Abdullah sebagai presiden yang pertama. Keanggotaan KMS terdiri daripada pegawai kerajaan, guru dan wartawan. Mereka ialah Embok Sooloh, Tengku Kadir, Abdul Samad Pagak, Daud Md. Shah, Manan Ali, Yusof Ishak, Ishak Haji Muhammad dan Abdul Hamid Jumat.SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI

ORDINAN MAHKAMAH ANAK NEGERI, perundangan yang mengandungi peruntukan tentang pembentukan, bidang kuasa, keanggotaan dan tatacara kehakiman Mahkamah Anak Negeri di Sabah. Perundangan ini telah digubal dan diluluskan pada tahun 1953 pada masa pemerintahan British.

BUDAYAPenerbitan
KELUARGA MELAYU

KELUARGA MELAYU, satu kelompok manusia Melayu yang disatukan oleh ikatan perkahwinan, darah dan ikatan angkat.

Bentuk Keluarga Bentuk keluarga Melayu dapat dilihat daripada sistem kekerabatan dan keturunan, keanggotaan dan kediaman, kuasa dan hak kawalan dan perkahwinan.

BUDAYAKekerabatan
PERSATUAN MELAYU SELANGOR

PERSATUAN MELAYU SELANGOR, persatuan negeri.  Persatuan ini ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.  Mesyuarat penubuhannya telah dihadiri oleh lebih kurang 400 orang dan sebanyak $108.00 telah dikumpulkan sebagai yuran daripada 108 orang ahli walaupun persatuan ini belum terdiri daripada golongan pentadbir berdarah bangsawan dan golongan wartawan.  Presidennya ialah Tengku Ismail bin Tengku Muhammad Yasin, Raja Bon ialah Raja Yahya (naib presiden), Ramli bin Mohd. Tahir (setiausaha) dan Mahmud Haji Abdul Rahman (bendahari).  Ahli Jawatankuasa yang penting ialah Raja Yaakub bin Raja Alang, Mohd Yunus Hamidi, Abdul Rahim Kajai dan Osman Kalam.  Keanggotaan ahli jawatankuasa persatuan ini memperlihatkan kesedaran kebangsaan yang menyeluruh di kalangan orang Melayu Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan

Kembali ke atas