Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ang.go.ta.an] | کأڠݢوتاءن

Definisi : perihal menjadi anggota, ke­dudu­kan (hak) sbg anggota, keahlian: komunis China menuntut ~nya diterima dlm Bangsa-Bangsa Bersatu; ~ negara itu dlm per­tubuhan tersebut dicabar oleh beberapa buah negara anggota yg lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.ang.go.ta.an] | کأڠݢوتاءن

Definisi : hal menganggotai sesuatu pertubuhan dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keanggotaan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
membership groupkelompok keanggotaanSosiologiTiadaTiada
multiple group membershipkeanggotaan berbilang kelompokSosiologiTiadaTiada
manning requirementkeperluan keanggotaanUndang-undangTiadaTiada
manning standardpiawai keanggotaanUndang-undangTiadaTiada
membership corporationsyarikat keanggotaanEkonomiTiadaTiada
international organizationorganisasi antarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaOrganisasi ini merupakan salah satu komponen dalam sistem antarabangsa. Keanggotaan sesebuah organisasi tersebut melampaui sempadan negara. Organisasi ini mula wujud pada kurun ke-19 dengan kewujudan negara bangsa sebagai anggotanya. Organisasi tersebut terbahagi kepada Organisasi Antara Kerajaan (IGO ) dan Organisasi Bukan Kerajaan (NGO s atau INGO s). IGO mempunyai anggota yang terdiri daripada negara seperti PBB, Komanwel, OPEC dan ASEAN, manakala anggota NGOs pula terdiri daripada bukan negara yang terbahagi kepada pertubuhan yang berasaskan keuntungan dan bukan berasaskan keuntungan. Antara sifat IGO dan NGO s yang bukan berasaskan keuntungan ialah organisasinya yang kekal menjalankan fungsinya secara berterusan, keanggotaan secara sukarela, mempunyai matlamat dan struktur tertentu dan sekretariat yang kekal meneruskan hal pentadbiran dan penyelidikan. Selain itu, IGO mempunyai sifat tambahan, iaitu ditubuhkan melalui perjanjian dan beroperasi secara persetujuan dan kerjasama oleh anggotanya bagi memastikan kedaulatan negara anggotanya tidak terjejas.
in-house unionkesatuan dalam syarikatEkonomiTiadaKeanggotaan kesatuan sekerja yang hanya terdiri daripada kakitangan sesebuah syarikat.
check-offpotong yuranEkonomiTiadaPotongan terus yuran keanggotaan kesatuan sekerja daripada slip gaji anggota kesatuan oleh pihak majikan yang kemudiannya kutipan ini akan disalurkan terus kepada kesatuan.
equitable geographical distributionpembahagian geografi saksamaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPengagihan keanggotaan dalam pertubuhan dan agensi antarabangsa mengikut geografi secara adil dan saksama. Amalan ini dilaksanakan bagi memastikan setiap benua mempunyai wakil dalam pertubuhan atau agensi berkenaan. Contohnya, anggota tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dipilih berdasarkan agihan kedudukan geografi.
action against member statetindakan terhadap negara anggotaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaTindakan yang diambil terhadap negara anggota sesuatu pertubuhan antarabangsa atas kemungkiran obligasi di bawah undang-undang antarabangsa. Jenis tindakan yang boleh diambil bergantung pada peruntukan triti yang menubuhkan pertubuhan antarabangsa tersebut seperti sanksi keanggotaan, sekatan ekonomi dan komunikasi atau tindakan ketenteraan.
12

Kembali ke atas