Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.Öa.ri.fan]/[ke.a.ri.fan] | کعاريفن

Definisi : perihal arif: mereka meminta nasihatnya kerana ~nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kearifan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, "pada peringkat" ataupun "di peringkat" rangkai kata sendi yang betul? Sila halusi isi tanyaan WordPad terlampir saya. Tanyaan itu kepada Dr. Awang Sariyan, walau bagaimanapun, saya memerlukan kearifan tuan juga. Pinta tuan membantu saya dalam soal bahasa ini. Terima kasih.Untuk makluman, rangkaian kata sendi yang betul adalah pada peringkat. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.Tatabahasa07.12.2016
Kenapa peribahasa "Ke bukit sama didaki" bukan "ke gunung sama didaki"?Peribahasa merupakan salah satu sastera lisan yang dituturkan dan disebarkan daripada satu generasi kepada satu generasi sebagai warisan kearifan dan pemikiran sesebuah bangsa. Peribahasa yang dicipta pula berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang dilalui oleh sesebuah masyarakat berdasarkan sosial budaya termasuklah keadaan geografi sesebuah masyarakat itu tinggal. Oleh itu, peribahasa "ke bukit sama didaki" ini dapatlah menggambarkan kepada kita bahawa masyarakat yang mencipta peribahasa ini tinggal di sekitar kawasan bukit yang menjadi latar suasana dan seterusnya membentuk kehidupan masyarakat tersebut sehingga mempengaruhi pemilihan kata untuk peribahasa berkenaan.Sastera10.03.2024
Apakah peribahasa yang tepat untuk idiom ini (One way and another/ one way or another). terima kasihMaaf atas kelewatan. Pihak kami telah berusaha untuk mencari padanan peribahasa yang tepat. Namun begitu, dalam konteks padanan peribahasa, aspek bahasa dan budaya perlu diambil kira dalam faktor kesesuaian padanan dan tidak boleh dibuat padanan berdasarkan maksud perkataan demi perkataan. Hal ini demikian kerana dalam masyarakat Melayu peribahasa merupakan kearifan lokal yang mencerminkan ketertinggian akal budi. Oleh itu, padanan bagi peribahasa ini dicadangkan "tiada rotan, akal pun berguna".Makna17.04.2014
Saya seorang penulis baru dan ingin menerbitkan novel saya melalui DBP. Untuk tujuan itu saya telah menyertai bengkel penulisan yang dianjurkan oleh DBP Wilayah Selatan. Sebelum menyertai bengkel saya telah memberikan sebuah novel karangan saya namun setelah dinilai oleh panel penilai (panel kursus), Puan Rozninah Abd Azid, novel itu telah ditolak kerana tidak memenuhi aspek yang diperlukan oleh DBP serta susunan bahasa yang tidak betul. Kemudian setelah selesai bengkel, saya membuat novel yang lain pula yang bersesuaian dengan aspek yang diperlukan oleh DBP (seperti unsur budaya, kearifan setempat dan lain-lain). Mereka telah menilai semula dan mendapati karya itu telah memenuhi apa yang DBP perlukan. Setelah itu mereka (melalui Puan Azura Mohd Khali DBP Wilayah Selatan), telah menghantar karya saya ke DBP Pusat. Namun sehingga sekarang setelah lebih enam bulan novel saya itu tidak mendapat apa-apa response dari DBP pusat. Soalan saya, apakah status novel saya itu? Siapakah yang perlu saya hubungi? Untuk pengetahuan, novel saya itu berjudul Mutiara Hitam. Saya harap persoalan saya mendapat jawapannya daripada pihak DBP pusat di Kuala Lumpur. Sekian Terima Kasih, Kerjasama daripada pihak anda sangat-sangat saya harapkan Abd Aziz Hamid Mutiara Hitam. Sekian, terima kasih.Salam sejahtera,

Manuskrip Mutiara hitam 

Dimaklumkan bahawa, manuskrip Mutiara hitam sudah selesai penilaian oleh DBP Wilayah Selatan dan diterima untuk dihantar ke DBP Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, sebelum dihantar ke DBP Kuala Lumpur, penulis perlu membuat beberapa menambahbaik pada manuskrip tersebut, iaitu penambaikan pada dialog, dan penambahan maklumat tentang seni ukiran bagi memantapkan lagi manuskrip tersebut. 

Untuk makluman penulis juga, mohon  untuk penghantaran manuskrip akan datang disertakan dengan maklumat peribadi lengkap agar mudah dihubungi oleh pihak editor. Manuskrip yang dihantar hanya menyertakan nama penulis tanpa alamat dan nombor telefon untuk dihubungi.

Walau bagaimanapun, Editor DBP Wilayah Selatan, Puan Norzuzilwati binti Sulaiman, telah mendapatkan maklumat penulis melalui fail lama dan berjaya menghubungi isteri penulis untuk memaklumkan kepada penulis tentang penambahbaikan manuskrip berdasarkan cadangan yang diberikan oleh penilai.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain02.10.2020
Assalamualaikum.. Saya ingin merujuk kpd pihak tuan/puan berkaitan pantun.. Dalam penulisan di dalam artikal berbahasa inggeris, pantun di dalam bahasa inggeris diistilah sebagai 'poem' atau 'pantun' ? Ini kerana 'Poem' boleh merujuk kepada pantun, sajak, puisi dll.. Di dalam wikipedia berbahasa inggeris, perkataan 'pantun' digunakan dan tiada perterjemahan kepada poem. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Pantun Jadi, untuk menguatkan lagi penulisan saya berkaitan pantun di dalam bahasa inggeris, adakah perkataan pantun itu telah diiktiraf sebagai pantun juga di dalam bahasa inggeris (maksudnya tidak perlu diterjemahkan kepada poem)? Terima kasihWaalaikumsalam. Pantun merupakan karya asli masyarakat Melayu dan tidak terdapat dalam mana-mana bangsa di dunia. Pantun juga merupakan khazanah kearifan tempatan (local genius) yang diwarisi sejak berzaman di dunia Melayu. Maka, perkataan pantun perlu disebut pantun juga dalam bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2015

Kembali ke atas