Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : perihal (sifat dll) asli, ketulenan, kejatian: ~ naskhah ini tidak perlu disang­sikan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.as.li.an] | کأصلين

Definisi : keadaan asli; ketulenan: ~ surat beranak itu telah diakui oleh mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata keaslian

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DAVIS, SIR COLIN

Davis, Sir Colin (1927– ) ialah pemimpin orkestra

Inggeris dan mempunyai kemampuan yang istimewa

dalam menginterpretasi keaslian dan kesegaran

sewaktu menjalankan tugasnya.

UMUM 
SULLIVAN, LOUIS HENRI

Sullivan, Louis Henri (1856–1924), arkitek

Amerika yang terulung, setaraf dengan Frank Lloyd

Wright dan Henry Hobson Richardson. Pengaruh

Sullivan berkembang kualiti dan keaslian reka

bentuknya, serta tulisan perseptifnya tentang teori

seni bina. Dia adalah Ketua Sekolah Seni Bina

Chicago.

UMUM 
OWEN, GORONWY

Owen, Goronwy (1728–1769?) ialah penyair dan

paderi Wales. Dia paling diingati kerana puisinya

yang berirama cywydd orang Wales (sejenis oda).

Puisi ini menunjukkan kepakaran Owen dalam

bahasa Wales dan keaslian gayanya. Karyanya yang

paling dikenali ialah tulisan awalnya Calendr Y

Carwr (The Lover’s Calendar) dan Cywydd Y Farn

Fawr (Ode on the Last Judgement). Owen lahir di

Rhos Fawr, Anglesey, Wales. Dia memasuki

Oxford University dan berkhidmat sebagai

pembantu paderi dan guru besar di Shropshire

dan London. Owen mengajar di Williamsburg, di

Virginia, Amerika Syarikat dari tahun 1760

sehingga kematiannya.

UMUM 

Kembali ke atas