Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.ba.ha.ruan] | کبهاروان

Definisi : sifat-sifat baru, anasir-anasir baru: satu contoh ~nya ialah bahawa ia ada memuatkan petikan-petikan drpd karangan-karangan bahasa Melayu-Indonesia; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaharuan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Diharap ini adalah saluran yang betul. Saya memerlukan bantuan dan pemahaman tentang perkataan "novelty" di mana makna yang saya dapat di sini adalah "pembaharuan". Mohon bantuan jika boleh untuk memberi contoh ayat supaya lebih faham kerana saya perlu menerangkan kepada umum. Sekian, terima kasih.Megikut Kamus Inggeris- Melayu Dewan, Novelyy membawa maksud:  n 1. quality of being novel, kebaharuan: the ~ of the first few weeks soon wore off, kebaharuan minggu-minggu yg awal mula luput; 2. st new, sst yg baru: hard work is no ~ to him, kerja keras bukan sst yg baru baginya; snow was a ~ to them, salji merupakan sst yg baru bagi mereka; 3. small, unusual ornament etc sold as a gift, hadiah kecil-kecil: a ~ shop, kedai hadiah kecil-kecil.Makna29.10.2014
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
Salam sejahtera. 1) Adakah perkataan 'baru' itu sinonim kepada 'baharu'? Tesaurus dalam carian atas talian (PRPM) hanya mengatakan 'rujuk "baru"' tetapi tidak secara terang menyatakan sekiranya kedua perkataan ini bersinonim antara satu sama lain. 2) Walau bagaimanapun, Kamus Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan 'new' sebagai 'adj; baru, baharu' . Jadi, adakah ini bermakna 'baru' dan 'baharu' sinonim? 3) Sekiranya sinonim, apakah beza penggunaan kedua-duanya? Adakah secara formal/tidak formal atau ejaan standard/tidak standard, etc? Adakah ianya hanya perbezaan 'stylistic'. 4) Adakah salah sekiranya saya menulis 'Selamat Datang Mahasiswa dan Mahasiswi Baru' yakni tidak menggunakan 'baharu'? Terima kasih.Kata baru dan baharu bukan sinonim kerana sinonim ialah kata yang sama atau hampir sama maknanya dgn kata lain, misalnya cantik dengan indah. Sebaliknya kata baru dan baharu dianggap sebagai varian (bentuk atau ejaan yang berlainan bagi perkataan yang sama) dalam bahasa Melayu. Seperti yang dimaklumi, Kamus-Inggeris-Melayu Dewan menakrifkan new sebagai baru dan baharu. Ini bermakna untuk frasa bahasa Inggeris seperti New Edition dan New Car boleh diterjemahkan kepada Edisi Baru atau Edisi Baharu dan Kereta Baru atau Kereta Baharu. Walau bagaimanpun dalam bahasa Melayu kata terbitan daripada kata baharu lebih produktif berbanding dengan kata terbitan daripada kata baru. Contohnya kata baharu menerbitkan kata membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan dan pembaharu; manakala kata baru menerbitkan kata baru-baru dan membarukan.Tatabahasa05.09.2011
Assalamualaikum. Dalam Kamus Dewan kata "baru" boleh silih berganti dengan "baharu". Namun dalam ayat situasi mana yang sesuai kita gunakan "baru" dan "baharu" untuk membina ayat.Adakah kedua-duanya boleh diguna pakai? Tetapi kenapa dalam proses pengimbuhan kata "baharu" digunakan jika dibanding dengan "baru". Contohnya, pembaharuan, pembaharu, dibaharukan dan sebagainya. Boleh atau tidak kita jadikan " pembaruan", pembaru" "dibarukan" dan sebagainya. Terima Kasih. Tarikh diperlukan jawapan, terpulang kepada pihak tuan.

Baru dan baharu kedua-duanya membawa makna yang sama dan baru dan baharu dianggap varian dalam bahasa Melayu. Untuk lebih mudah memahaminya, kata "baru" lazimnya merujuk kepada masa dan dalam bahasa Inggeris kata "just" digunakan untuk mempamerkan penggunaan kata ini. Contohnya, just now = baru sebentar tadi. Kata "baharu" pula merujuk kepada sesuatu yang baharu atau dalam bahasa Inggerisnya 'new'.Walau bagaimanpun kata "new" diterjemahkan juga kepada baru, contohnya new car = kereta baharu/baru. Dalam bentuk kata terbitan, kata dasar baharu lebih produktif daripada kata dasar baru seperti membaharui, memperbaharu, kebaharuan, pembaharuan, pembaharu, baru-baru dan membarukan. Penggunaan kata terbitan lazimnya berdasarkan contoh penggunaan yang telah ada seperti pembaharu, bukannya pembaru.

Tatabahasa10.07.2011

Kembali ke atas