Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bai.kan]/[ke.bai/.kan] | کباءيقن

Definisi : 1 perbuatan yg baik; sifat-sifat yg baik: Atas ~ dan kemurahan hatimu, aku mengucapkan terima kasih. 2 faedah; guna: Pihak pemerintah telah mengadakan berbagai-bagai kemudahan utk ~ rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebaikan

Peribahasa

Mengambil puntung pemukul kepala.

Bermaksud :

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

 

Lihat selanjutnya...(25)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Antara (kebaikan-kebaikan/kebaikan) bersukan ialah......Frasa yang betul ialah Antara kebaikan bersukan ialah...Tatabahasa29.04.2021
Yang manakah antara berikut betul penggunaanya? a) Antara kebaikan-kebaikan b) Antara kebaikan a) di kalangan pelajar b) dalam kalangan pelajar a) kebanyakkan orang b) ramai orang Betulkah penggandaan berikut: sedikit-sebanyak1. Antara kebaikan. 2. dalam kalangan dan di kalangan kedua-duanya betul. 3. kebanyakan orang, ramai orang.Tatabahasa13.10.2009
Tuan, saya ingin bertanya, dalam dua ayat yang berikut, manakah yang betul? a) Antara kebaikan yang boleh............ b) Antara kebaikan-kebaikan yang boleh............ Harap mendapat penjelasan daripada pihak tuan... TK.Frasa yang betul ialah "Antara kebaikan yang boleh" kerana "antara" ialah penanda jamak dan tidak perlu lagi digandakan perkataan selepasnya.Tatabahasa10.03.2017
Salam. Frasa manakah yang betul: "Kebaikan sukan kepada negara", "Kebaikan sukan terhadap negara". Pada pendapat saya, "Kebaikan sukan terhadap negara" betul kerana "negara" menjadi penyambut "kebaikan sukan". Contoh lain yang diberikan oleh Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga ialah frasa "Kasih sayang Mariam terhadap ibu bapanya" yang serupa dengan frasa "Kebaikan sukan terhadap negara". "Kebaikan sukan kepada negara" salah kerana "kepada" patut didahului oleh kata kerja. Adakah analisis ini betul? Terima kasih.

Kedua-dua contoh ayat yang diberikan adalah betul. Kata sendi nama “terhadap” digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Kata sendi “kepada” pula ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad, dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia, menyatakan pecahan dan menyatakan perubahan keadaan.

Tatabahasa27.01.2022
Apakah perbezaan sebutan baku dengan johor-riau ? Apakah kebaikan dan kebaikan sebutan baku bahasa Melayu ?Sebutan baku ialah sebutan (huruf atau perkataan) yang telah ditentukan atau diterima sebagai yang betul atau yang sewajarnya, ataupun disebut juga sebutan standard, manakala sebutan Johor-Riau ialah sebutan yang biasa dituturkan oleh penduduk Melayu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di sebelah pantai barat Semenanjung. Sebutan ini ialah sebutan bahasa Melayu yang asal yang hingga sekarang masih dituturkan oleh kebanyakan penduduk Malaysia tanpa dipengaruhi oleh dialek negeri masing-masing. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang dua jenis sebutan ini, sila rujuk buku-buku yang berkenaan.Lain-lain19.06.2010
kebaikan dan contoh amalan toleransi masyarakat majmuk di malaysia dapat di contohi oleh dunia luarJawapan kepada pertanyaan ini memerlukan penyelidikan dan pembacaan. Untuk itu, saudara perlu membuat rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau merujuk makalah tentang perkara tersebut yang diterbitkan di dalam akhbar atau majalah tempatan.   Lain-lain24.06.2008
Apakah kebaikan dan keburukan penggunaan sebutan baku bahasa Melayu?Pertanyaan saudara memerluakan pembacaan yang banyak, oleh itu untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan sila rujuk makalah/buku yang berkaitan seperti Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, DBP,1988, Daftar Umum Sebutan Bahasa Melayu, DBP, 1991 dan Pedoman Sebutan BAku Bahasa Melayu, DBP,199.Tatabahasa08.07.2010
apakah kebaikan dan keburukan sebutan baku bahasa melayuBM baku ialah bahasa Melayu yg sempurna dari segi penggunaan aspek bahasanya, iaitu ejaan, tatabahasa, istilah, laras bahasa, sebutan dan penggunaan kata. Perancangan pembakuan sebutan baku bahasa Melayu menjadi salah satu objektif DBP, iaitu sebagaimana yg termaktub dlm Akta Dewan Bahasa. Untuk maklumat lanjut, saudari boleh merujuk buku i. Pedoman Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu, ii. Daftar Umum Sebutan Bahasa Baku Bahasa Melayu, iii. Pedoman Sebutan Baku Bahasa Melayu. Buku-buku ini ialah terbitan DBP.Lain-lain27.05.2010
apakah kebaikan menperlajari bahasa malay?Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita.Lain-lain31.08.2006
apakah kebaikan untuk menperlajari bahasa malaysia?can u send to my email..thanks so much...Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi negara seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya mahir dalam bahasa tersebut supaya dapat berkomunikasi sesama kita dalam bahasa tersebut dengan baik dan ini dapat menonjolkan imej negara kita melalui satu bahasa rasmi. Melalui penggunaan bahasa kebangsaan perpaduan antara kaum dapat menjadi lebih erat. kita seharusnya berbangga kerana dapat menguasai bahasa kebangsaan negara kita.Lain-lain31.08.2006
12345678910...

Kembali ke atas