Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bal] | کبل

Definisi : 1. tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll), tidak lut: mereka ~, tidak lut oleh senjata; kereta ~; ilmu ~ ilmu yg membuat seseorang itu tidak luka oleh senjata tajam dan tidak dapat ditembusi peluru; 2. tidak boleh didakwa (dituntut) dlm mah­kamah: ahli Parlimen ~ selama bersidang di Parlimen; 3. Id tidak dapat dihinggapi penyakit; ~ daging tidak lut; ~ katak puru = ~ kulit nangka kebal kerana kulit menjadi sangat keras; ~ pakan kebal kerana tidak dapat di­kenai senjata dll; ~ penimbul (raksa) kebal kerana telah dimasukkan raksa ke dlm badan (dgn dijampi); ~ simpul kebal kerana tidak pecah tembuni ketika dilahirkan; mengebal menjadi kebal; mengebalkan menjadikan kebal; kekebalan 1. perihal tidak dapat ditembusi (dilukai) oleh senjata (peluru dll): ~ seorang pendekar; 2. (Udg) perihal boleh dilindungi atau dikecualikan drpd sesuatu pendakwaan (hukuman, tindakan dsb), imuniti: mahkamah itu memutuskan bahawa perlembagaan Amerika tidak memberikan apa-apa ~ kpd seorang presiden; ~ raja-raja; ~ diplomatik kebebasan yg diberikan kpd dip­lomat asing drpd didakwa di mahkamah; ~ raja konsep yg menyatakan bahawa tindakan undang-undang tidak boleh dibawa terhadap raja kecuali di bawah Perkara 183 Perlem­bagaan Persekutuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bal] | کبل

Definisi : ; ~ ayam sj tumbuhan (pokok), balung ayam, medang bunga, pusat beludu, Pentace triptera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bal] | کبل

Definisi : 1 tidak dpt dilukai atau tidak dpt ditembusi senjata; tidak lut: Orang itu ~, tidak lut oleh senjata. 2 tidak dpt dituntut atau tidak dpt didakwa di mahkamah. mengebalkan menyebabkan jadi kebal. kekebalan keadaan kebal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kebal (adjektif)
1. Bersinonim dengan tidak lut senjata: tidak lut peluru, tahan besi, tahan peluru, tahan tembak, tahan kulit, mental, weduk, tahan pukul, tahan tapa,
Berantonim dengan lut

2. Bersinonim dengan tidak boleh didakwa: tidak boleh dituntut.


Peribahasa

Kelapa tebal sabut,
     terhempas ke batu tak pecah,
dibuang ke laut tak tenggelam.

Bermaksud :

Orang yang ramai anak cucunya, dikasihi oleh kaum kerabatnya, suka tolong-menolong, maka selamatlah hidupnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Kerana sabut tebal, tempurungnya pun menjadi kebal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, apakah terjemahan untuk istilah yang merujuk kepada roda/tayar kereta kebal? Adakah betul jika diterjemahkan seperti berikut, trek berantai/roda berantai/tayar berantai. Untuk makluman, perkataan bahasa Inggerisnya ialah Track. Terima kasih.Penggunaan yang paling sesuai ialah roda berantai bagi merujuk roda yang menggerakkan kereta kebal.Istilah13.09.2012
Salam, Apakah nama bagi tayar kereta kebal? Dalam Bahasa Inggeris disebut sebagai caterpillar track/continuous track. Adakah tepat jika saya gunakan istilah tayar? tetima kasihTuan.

Berdasarkan data kami, caterpillar track wheel boleh diterjemahkan kepada roda runut Caterpillar. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh melayari http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=caterpillar+track&d=129316&#LIHATSINI.

Sekian, terima kasih.
Istilah03.07.2017
salam, saya nak tanya apa istilah vault ya?
Padanan bahasa Melayu bagi istilah vault boleh disesuaikan dengan padanan berikut, iaitu kekubah; bilik kebal; lombol (lompat dan ambol). Padanan ini berdasarkan konsep dan konteks penggunaan dalam bidang yang diperlukan.
Istilah30.03.2023
apakah maksud telap dan tiris?Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang;Lain-lain01.07.2010
Memaparkan seorang detektif muda telah diserang hendap dan berada dalam keadaan tenat. Pihak musuh percaya detektif tersebut telah berjaya dibunuh. Sebaliknya beliau telah diselamatkan dan menggunakan identiti baru setelah membuat pembedahan plastik. Beliau diarah meneruskan tugasnya mencari penjenayah di samping pada waktu yang sama menuntut keadilan. Untuk melaksanakan tugasnya secara lebih berkesan, beliau telah dibekalkan dengan sebuah kereta canggih yang digelar KITT. Kereta canggih ini mempunyai perisai setara dengan kereta kebal dan mampu memecut 300 batu sejam. Tambahan pula, kereta canggih ini juga dibekalkan dengan personaliti komputer kecerdasan dan berfungsi sebagai seorang pembantu. Detektif yang bersemangat waja ini meneruskan misi buruan penjenayah dengan kereta canggih ini. Akhirnya pemuda ini berjaya menangkap penjenayah dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa.Soalan tidak jelas. Sila nyatakan dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu tuan dalam hal ini. Tatabahasa28.01.2022
Salam.. Adakah semua perkataan berikut di bawah boleh dikategorikan sebagai simpulan bahasa? Mohon penjelasan pihak DBP. 1.abad komputer 2.abang ipar 3.abang kandung 4.abang kendong 5.abang sanak ayah 6.abang sanak ibu 7.abang saudara 8.abang sepupu 9.abang tiri 10.abilah peringgi 11.baju dalam 12.baju dingin 13.baju hujan 14.baju jas 15.baju Johor 16.baju kahwin 17.baju kebal 18.baju kebaya 19.baju kelepak 20.baju kemeja 21.baju kepuk 22.baju kotong 23.baju kuntum 24.baju kurung 25.baju lasak 26.baju monyet 27.baju panas 28.baju sejuk 29.baju seroja 30.baju teluk belanga 31.baju teratai Terima Kasih.Simpulan bahasa ialah ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam yang bemaksud orang yang tidak memakai kasut dan tangkai jering bermaksud orang yang kedekut. Contoh perkataan yang saudara berikan tidak termasuk dalam kumpulan simpulan bahasa.Tatabahasa23.11.2012
Salam, apakah padanan bahasa Melayu untuk istilah-istilah bahasa Inggeris berikut, 1) Fixing strap, 2) Ribbed vault, 3) Navigation buoy. Terima kasihUntuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Melayu untuk fixing strap, ribbed vault dan navigation buoy dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk setiap perkataan seperti yang berikut:
1. fixing - ikat, pengekal, penetap, strap - tali, pita, bebat, sabuk
2. ribbed - beralur, berusuk, berbunga , vault - kekubah, bilik kebal
3. navigation - pandu arah, pengemudian, buoy - boya, pelampung
Oleh itu, tuan boleh memilih istilah yang sesuai dengan konteks penggunaan. 
Istilah01.10.2012

Kembali ke atas