Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bang.ga.an] | کبڠݢاءن

Definisi : 1. kemegahan: pahlawan itu menjadi pasak ~ tanah air; 2. rasa besar hati. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bang.ga.an] | کبڠݢاءن

Definisi : 1 apa-apa yg menimbulkan rasa bangga. 2 perasaan bangga. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebanggaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud semarak merdeka? maksud Semarak? Terima KasihSemarak bermaksud seri, cahaya, kebanggaan, keelokan, kemegahan atau kemuliaan.Makna19.07.2007
Slm. Boleh bantu saya untuk periksa ayat-ayat di bawah ini sama ada betul atau tidak?Tq 1. Kami pergi ke sana dengan melalui Jambatan Pulau Pinang yang sepanjang 13.5 KM. 2. Jambatan ini membawa kebanggaan kepada negara kerana diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia. 3. Perjalanan pulang pula kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang. 4. Jambatan kedua ini sepanjang 24 km dan menjadi jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.Ayat yang tepat ialah:

1. Kami pergi ke sana melalui Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 km.
2. Jambatan ini kebanggaan negara dan diperakui sebagai pencapaian kejuruteraan yang cemerlang di dunia.
3. Bagi perjalanan pulang, kami menggunakan Jambatan Kedua Pulau Pinang.
4. Jambatan ini mempunyai panjang kira-kira 24 km dan merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia dan Asia Tenggara.
Lain-lain24.05.2018
perbezaan antara bahasa pengantar dengan bahasa kebangsaan.Menurut data kami maksud bahasa pengatar ialah bahasa yang digunakan untuk berhubung dalam mesyuarat, dalam pemberian pelajaran di sekolah dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang diterima dan digunakan oleh rakyat sesebuah negara sebagai alat perhubungan dan juga menjadi kebanggaan Negara.Makna24.12.2015
Saya nak tahu samada Dewan Bahasa mempunyai sistem 1) TTS (Text to Speech Recognation) -Sistem dimana perkatan di sebut dan didengari apabila siap taip. 2)STT ( Speech to Text recognation)- Apabila menyebut sesuatu perkataan, ianya di taip dan boleh di baca bagi mereka yang cacat pendengaran. Kedua-dua sistem dah ada dalam bahasa lain dan bagaimana dengan Bahasa Kebanggaan kita. Jika ada siapa boleh saya hubungi dan sekiranya tak ada kami sedia membantu.

Maaf tuan, buat masa ini DBP belum menyediakan perkhidmatan tersebut. DBP sekarang ini sedang menambahbaikan sistem penyampaian ke arah sistem penyampaian yang lebih berkesan dan cemerlang. Terima kasih atas cadangan tersebut.  

Lain-lain01.04.2009
Kami memerlukan bantuan untuk translate dari English ke BM. Text 1 As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times Together, we will persevere and emerge a stronger Nation Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira-wira bangsa kita Terima kasih kepada semua barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita. Semoga Malaysia berkembang dari kekuatan ke kekuatan dan mengatasi waktu yang mencabar ini. Bersama-sama kita akan bertahan dan bangkit sebagai bangsa yang lebih kuat. Text 2 Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic Together, we will continue this journey Together, we will grow from strength to strength We will persevere Malaysia Cares Bersama-sama kita hadapi cabaran pandemik Covid-19 Bersama-sama kita meneruskan perjalanan Bersama - sama kita berganding bahu dan maju jaya! Malaysia Prihatin Terima Kasih.

Berikut merupakan padanan teks bahasa Melayu untuk teks yang dinyatakan:

Teks 1:

As Malaysians, let's celebrate the unsung heroes of the Nation.

Thank you to all frontliners for keeping the country safe and making us proud.

May Malaysia grow from strength to strength and overcome these challenging times.

Together, we will persevere and emerge as a stronger Nation.



Terjemahan Teks 1: 

Sebagai rakyat Malaysia, marilah kita meraikan wira negara.

Terima kasih kepada semua petugas barisan hadapan kerana menjaga keselamatan negara dan menjadi kebanggaan kita.

Semoga Malaysia angun dengan kekuatan dan mampu mengatasi saat getir ini.

Bersama-sama kita kental dan bangkit sebagai negara yang lebih kuat.

Teks 2:

Together, we face the challenges of the Covid-19 pandemic.

Together, we will continue this journey.

Together, we will grow from strength to strength.

We will persevere.

Malaysia Cares.



Trjemahan Teks 2:

Bersama-sama kita menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Bersama-sama kita meneruskan perjalanan.

Bersama-sama kita bangkit dengan kekuatan.

Kami tidak akan mengalah. 

Malaysia Prihatin

Makna10.09.2021
Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas beliau memasuki Universiti Nilai (Nilai U) adalah kemahiran berbahasa Inggeris semakin baik. Penerima ‘Pinjaman Boleh Ubah’ yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bharu ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dikalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya adalah sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Ini kerana beliau sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita dari rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelola oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.Tidak ada soalan yang dikemukakan kecuali teks di atas. Jika puan memerlukan semakan daripada pihak kami, sila lihat teks di bawah:

Pelajar tahun akhir Diploma Makmal Teknologi Perubatan (DMLT), Nor Syahkila Mohd Noor mengakui perubahan besar yang berlaku selepas dia berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Nilai (Nilai U) ialah kemahiran berbahasa Inggerisnya semakin baik. Penerima "Pinjaman Boleh Ubah" yang berasal dari Felda Lok Heng Barat, Johor Bahru ini merupakan anak bongsu daripada enam adik-beradik dan menjadi anak pertama dalam keluarga yang dapat menjejakkan kaki ke universiti. “Kejayaan ini menjadi kebanggaan keluarga. Saya juga berazam akan membuat yang terbaik dan mahu mereka melihat saya menggenggam segulung diploma suatu hari nanti,” ujarnya lagi. Lebih dikenali sebagai Syahkila dalam kalangan rakan-rakan, beliau mengatakan ibunya menjadi sumber inspirasi bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan. Hal ini kerana dia sering menemani ibunya menjalani rawatan diabetes di hospital. Semenjak itu, beliau menanam cita-cita bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang yang berkaitan. Segalanya bermula apabila mendengar cerita daripada rakan-rakan mengenai program DMLT di Nilai U dan pinjaman yang dikelolakan oleh pihak Felda. Sejurus menjejakkan kaki di Nilai U, segalanya adalah benar dan melebihi jangkaannya.
Tatabahasa19.06.2014
Salam Hormat, Mohon bantuan DBP untuk terjemahkan perkataan Bahasa Inggeris bagi Nilai Teras (Core Values) berikut ke Bahasa Malaysia: 1. Honour 2. Loyalty 3. Courage 4. Pride Bantuan pihak tuan didahului dengan ucapan terima kasih.Padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang diberikan adalah seperti yang berikut:

1. Honour - Kehormatan
2. Loyalty - Kesetiaan
3. Courage - Keberanian
4. Pride - Kebanggaan
Istilah18.11.2016

Kembali ke atas