Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bang.sa.an] | کبڠساءن

Definisi : 1. yg berkaitan dgn negara secara keseluruhan, nasional: semangat ~; 2. dipilih utk melambangkan keperibadian sesebuah negara spt bahasa, pakaian, dsb: pakaian ~; bunga ~; bahasa ~; 3. yg dicipta khas utk dinyanyikan sbg menyatakan taat setia kpd negara: lagu ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bang.sa.an] | کبڠساءن

Definisi : hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebangsaan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah itu akta bahasa kebangsaan? apakah fungsi akta bahasa kebangsaan? mengapa akta bahasa kebangsaan diwujudkan? siapakah yang pernah membuat penyelidikan berhubung akta bahasa kebangsaan?Akta Bahasa Kebangsaan ialah undang-undang (yg digubal dan diluluskan oleh parlimen tentang penggunaan bahasa kebangsaan/bahasa rasmi negara. Setiap negara merdeka mempunyai akta bahasa kebangsaan masing-masing antara lain untuk mendaulatkan bahasa ibunda sesuatu negara. Sila kunjungi mana-mana perpustakaan untuk dapatkan maklumat lanjut tentang akta tersebut ataupun akta-akta yang lain juga.Lain-lain09.10.2007
Apakah perbezaan penggunaan kata 'Negara' dan 'Kebangsaan'?

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kebangsaan bermaksd yang berkaitan dengan negara secara keseluruhan, nasional: semangat kebangsaan; dipilih untuk melambangkan keperibadian sesebuah negara seperti bahasa, pakaian, dan sebagainya: pakaian kebangsaan; bunga kebangsaan; bahasa kebangsaan; yang dicipta khas untuk dinyanyikan sebagai menyatakan taat setia kepada negara: lagu kebangsaan.

Negara pula bemaksud kumpulan masyarakat yang mendiami sesuatu kawasan, mempunyai kedaulatan politik dan juga jentera pemerintahan. Selain itu, bermaksud sesuatu kawasan yang didiami oleh masyarakat tersebut.

Makna09.01.2020
saya ingin dapatkan maklumat mengenai bahasa kebangsaan & budaya kebangsaan di malaysia......Maklumat terperinci tentang bahasa kebangsaan dan budaya masyarakat Malaysia boleh diperoleh melalui buku-buku rujukan yg boleh didapati di mana-mana perpustakaan atau kedai buku, cth buku Bahasa Kebangsaan, Ab. Rahman Ab Rashid (Longman), Kajian Budaya & Masyarakat di Malaysia, Mohd Taib Osman (DBP), Masyarakat & Kebudayaan Malaysia (DBP)Lain-lain20.08.2007
Bahasa Kebangsaan atau Bahasa kebangsaanBahasa kebangsaan ditulis dengan huruf awal "b" dan "k" huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am, melainkan jika ditulis di awal ayat, huruf "b" huruf besar. Ejaan14.10.2021
apakah fungsi bahasa sebagai bahasa kebangsaan?Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya.Lain-lain06.08.2008
apa itu bahasa kebangsaan?sila jelaskan dan bandingkan bahasa kebangsaan dengan bahasa melayu. Terima kasih.Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara kita ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Perkaitannya dengan bahasa Melayu dinyatakan dalam Akta Bahasa Kebangsaan dan Akta Pendidikan, iaitu bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan Persekutuan Malaysia.Lain-lain28.01.2007
boleh berikan saya maklumat tentang bahasa kebangsaan secara mendalam?sama ada dari segi maksud,fungsi atau lain-lain yang berkaitan dengan bahasa kebangsaan.Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan ialah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan dengan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan lain-lain. Terdapat berbagai-bagai topik berkenaan bahasa kebangsaan. Sila jelaskan secara spesifik perkara yang hendak ditanya.Lain-lain12.09.2006
apakah definisi bahasa kebangsaanDalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara. Setiap rakyat Malaysia wajib menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua urusan rasmi. Oleh sebab itulah  pihak kerajaan telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah kebangsaan dan menengah kebangsaan serta pusat pengajian tinggi awam. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa komunikasi sosial dalam kalangan rakyat Malaysia bagi melahirkan perpaduan bangsa. Bahasa Melayu juga menjadi bahasa pentadbiran, bahasa ilmu, bahasa teknologi maklumat, bahasa dalam bidang ekonomi, undang-undang dan perniagaan. Dalam usaha memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan rakyat Malaysia, pihak kerajaan terus melaksanakan program pemerkasaan bahasa Melayu dalam semua aspek kehidupan agar wujud sikap megah bahasa dan jati diri. Mohon sdr. mengunjungi Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP untuk membuat rujukan atau penyelidikan.Lain-lain03.06.2008
Tuan, adakah ayat -ayat di bawah ini betul? 1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku. 2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku. 3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.1. Nama lagu kebangsaan Malaysia Negaraku.
2. Nama lagu kebangsaan Malaysia ialah Negaraku.
3. Nama lagu kebangsaan Malaysia, Negaraku.
Ketiga-tiga ayat ini betul.
Tatabahasa18.07.2016
Saya sedang mengikuti pengajian separuh masa sekarang ni dan saya juga sedang membuat kajian tentang bahasa kebangsaan kita.. soalan saya mengenai bahasa kebangsaan kita. Bahasa kebangsaan kita adalah bahasa utama di malaysia, tetapi bahasa yang selalu di pakai sekarang ialah bahasa international iaitu bahasa english. kenapakah kita tidak menggunakan bahasa kita dalam apa jua urusan di negara kita?bagaimanakah kita sebagai rakyat malaysia untuk membangunkan semula bahasa kebangsaan kita? bagaimana pula kerjasama kerajaan dan swasta dalam membangunkan bahasa kebangsaan?Usul untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan lambang penyatuan telah diterima dan termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan (1957) apabila negara kita mencapai kemerdekaan. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi yang tunggal dalam menggantikan bahasa Inggeris. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan oleh Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967  (Akta 32) melalui Seksyen 5, 6, 7 dan 8. Bahasa kebangsaan ialah bahasa yang digunakan untuk tujuan perpaduan dalam kalangan warganegara manakala bahasa rasmi ialah bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan sehari-hari negara. Sesuatu bahasa itu tidak boleh dianggap bahasa rasmi hanya kerana terdapat undang-undang dan peruntukan dalam perlembagaan yang memberikan taraf tersebut. Sesungguhnya bahasa itu sendiri haruslah dapat berfungsi sebagai bahasa rasmi apabila memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:·        Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan semasa menjalankan tugas-tugas rasmi negara;·        Sebagai media segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan kerajaan;·        Digunakan dalam semua rekod kerajaan;·        Sebagai media untuk menulis semua undang-undang dan peraturan negara; dan

·        Digunakan dalam semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

DBP menjalankan pengembangan bahasa Melayu dalam negara terbahagi kepada sektor awam dan sektor swasta. Untuk sektor awam, empat sektor utama yang terlibat, iaitu Sektor Kerajaan Pusat; Sektor Kerajaan Negeri dan Tempatan; Sektor Badan Berkanun; dan Sektor Pendidikan. Manakala dalam sektor swasta pula tumpuan diberikan kepada empat sektor, iaitu Sektor Perdagangan Dalam Negeri; Sektor Perkhidmatan Kewangan; Sektor Industri Khusus; dan Sektor Media Massa.

 

Lain-lain10.05.2008
12345678910...

Kembali ke atas