Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ke.bang.kra.pan] | کبڠکرڤن

Definisi : keadaan atau kejadian bankrap, kemuflisan: kesannya terhadap sektor pengilangan berasaskan eksport sangat teruk, menyebabkan ~ dan pengangguran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ke.bang.kra.pan] | کبڠکرڤن

Definisi : keadaan atau kejadian bankrap; kemuflisan: Kemerosotan ekonomi menyumbang kpd berlakunya ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kebankrapan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Ingin tahu apakah ejaan yang betul untuk terjemahan "bankruptcy" - "kebankrapan" atau "kebangkrapan"? Saya dapati kedua-dua ejaan dipakai di laman sesawang PRPM (http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kebankrapan). Mohon pencerahan. Terima kasih.Waalaikumussalam
Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan daripada bidang pentadbiran perniagaan, maksud bankruptcy ialah kebankrapan
Makna11.07.2018
Apakah penggunaan yang betul bagi perkataan berikut: - penyampaian kediri atau pun penyampaian kendiri? sbg contoh; Notis Kebankrapan tersebut disampaikan secara penyampaian kediri / kendiri?Salam sejahtera,

Kedua-dua perkataan kediri dan kendiri mempunyai maksud yang sama.

Tetapi, kebiasaan yang sering digunakan ialah penyampaian kendiri. Penggunaan perkataan ini juga berdasarkan bidang tertentu. Sebagai contoh dalam bidang undang-undang, padanan dalam bahasa Melayu bagi perkataan personal service ialah penyampaian ke diri.

Untuk maklumat lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa21.12.2017
1. Apakah perbezaan dari segi penggunaan ayat sejak dan semenjak. Sebagai contoh: Krisis kewangan global yang terburuk sejak Kemelesetan Besar ini telah dicetuskan oleh kebankrapan satu daripada bank pelaburan global terbesar di Amerika Syarikat. 2. Apakah terjemahan untuk "International Financial Architecture". Sekian, terima kasih. Ramlee

1.Kedua-dua istilah ini, sejak dan semenjak boleh diguna pakai.

2. Kami mencadangkan terjemahan bagi International Financial Architecture ialah Seni Bina Kewangan Antarabangsa. Walau bagaimanapun, terjemahan ini bergantung pada konteks atau bidang. 

Istilah08.10.2009

Kembali ke atas